Thursday, November 12, 2015

Melancong Ke Pulau Batam Indonesia

1.   Pada minggu lepas, saya tiga beranak, iaitu saya, isteri dan anak lelaki saya yang bungsu bersama dengan kumpulan yang terdiri daripada pesara-pesara seramai 11 orang  telah melancong ke Pulau Batam selama 4 hari bermula pada 6 Nov 2015 malam dengan menaiki keretapi jam 10.30 malam dari KL Central dan tiba di Johor Bharu jam 7 pagi 7 Nov. dan dari jeti Berjaya Waterfront Ferry Terminal Stulang Laut pula menaiki feri ke pulau Batam dan balik pada 9 Nov 2015 petang dan tiba di KL Central pada jam 7 pagi 10 Nov 2015. 

2.  Pulau Batam adalah terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang dulu dikenali dengan nama kepulauan Riau.  Kini Pulau Batam telah maju dengan pesatnya dalam tempah sepuluh tahun kebelakangnya kerana ia berhampiran dengan Singapura,maka Singapura menjadi faktor utama penyumbang kepada kemajuan ekonomi Batam.  .

3.   Perancangan ini telah diatur sempena mengambil cuti umum Depavali. Perjalanan ke pulau Batam dengan menaiki feri dari Jeti Stulang Laut Johor Bharu menuju ke Batam mengambil masa perjalanan hampir 2 jam. Di Pulau Batam kami semua menginap di Swiss Inn Hotel


 Katika tiba di Jeti Pulau Batam

4.   Setiba disana kami disambut oleh pemandu pelancung dengan nama Pak Mat sahaja beliau berusia awal 50an peramah dan sangat mesra dan akan menunaikan permintaan ke mana sahaja kita hendak pergi.

Pak Mat bergambar di sebelah kiri sekali

  di tepi pantai Costarina

di Jambatan Balerang

Bersiar dan bershoppng di Kota Batam

Singgah di Masjid Jabal Arafah untuk menunaikan solat jamak

Dihadapan perkarangan masjid

 di Costarina

 kenangan di costarina

 aksi spontan

 mengabadikan kenangan

remang senja di Batam

5.  Begitulah kenangan semasa kami semua berada di bumi Batam. Kami gembira penduduk Batam majoriti hampir 99 peratus menganut agama Islam. Kami juga sempat kekedai membuat kuih lapis yang terkenal di Indonesia. Disana juga kami enak menjamu selera masakan minang dibeberapa restoran terutama di restoran Bundo Kanduang. Banyak lagi gambar yang tidak kami muatkan didalam blog ini untuk tatapan sekadar hanya kenangan. Sekian - mbm

No comments: