Friday, January 29, 2016

Kejayaan Anak adalah Kejayaan Kita Juga

1.     Kejayaan anak-anak adalah satu kejayaan bagi ibu bapa yang mendidiknya sejak dari kecil lagi sehingga besar dengan harapan apabila besar nanti akan menjadi orang yanag berguna didalam masyarakat dan negara amnya.

2.   Anak adalah pewaris kepada kedua ibu bapa kerana mereka berdualah yang mencorakkan masa depan mereka. Oleh itu tiada siapa yang tidak berkehendakan anak mereka tidak berjaya sama ada dunia atau diakhirat.

3.   Anak juga harus diberi pendidikan yang sempurna dari segi rohani dan jasmani. Didikan agama adalah penting bagi mereka yang baru mengenal alam maya supaya mereka tidak terjebak kepada perkara yang tidak bermanfaat. Oleh itu, pendidikan agama dan duniawi adalah penting kerana mereka juga akan mencorakkan kehidupan mereka seharian.

4.   Anak pertama Khairil Anuar - berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam di UiTM dan kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UiTM juga dan sekarang berjawatan Eksekutif Latihan di UNITEN




5.      Anak kedua Nazatul Shima memiliki Diploma dan Ijazah  dari UiTM dan kini berjawatan Konsultan disebuah syarikat swasta





6.       Anak ketiga Nur Hanisah berkelulusan Ijazah dari USM dan Ijazah Sarjana (Master) dari UiTM. sekarang berjawatan Pengurus (Manager) di Citi Group Bank 




7.      Anak keempat Nur Faezzah berkelulusan Ijazah Perakaunan dari UiTM dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master di UiTM juga



7.    Anak kelima Noor Izzuddin berlulusan Diploma Pengurusan Koperasi dari Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan sekarang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di UNISEL Shah Alam




Thursday, January 28, 2016

Bersantai di Padang Besar dan di Langkawi

Pada 23 hingga 26 Januari 2016 kami seramai 6 orang iaitu saya dan isteri serta anak lelaki saya, bersama Bibi Zubaudah berserta suaminya Hj Awal dan Rohani Salleh  telah  berjalan  ke Padang Besar. Perancangan ke Padang Besar telah lama diatur antara isteri saya dengan Bibi Zubaida dan Rohani Salleh. Perjalanan ke Padang Besar adalah dengan menaiki kereta api laju (ETS) dari KL Sentral pada jam 11 pagi dan terus ke Padang Besar.yang memakan masa selama 5 jam.. Jadi kami tiba di stesen Padang Besar jam 3.55 petang. Menaiki ETS ini hanya berhenti di sresen besar sahaja. Iaitu dari KL Sentral terus ke Ipoh mengambil masa 2 jam dan dari Ipoh berhenti di Taiping, Alor Setar dan terus ke Padang Besar. Pertama kali kami menaiki ETS dan merasa keseronokan daripada memandu kenderaan sendiri.





Setiba kami di Padang Besar kami semua bershopping apa yang sepatutnya yang hendak di beli sehingga pada jam 6 petang baru kami berangkat dengan menaiki van yang telah ditempah dari awal lagi untuk membawa kami berjalan di sekitarnya.


Kami bermalam di Hotel Sri Garden Kangar.


Pada 24 Januari 2016 (ahad) selepas sarapan pagi di hotel penginapan, kami berangkat ke Kuala Perlis pergi ke Langkawi untuk 'bershopping', selepas bershopping kira-kira menganbil masa 3 jam sahaja di Langkawi kami terpaksa balik semula ke Kuala Perlis untuk membeli tiket keretaapi di Stesen Arau untuk balik  ke Kuala Lumpur. pada keesokan harinya. tetapi malangnya, tiket ke KL semuanya telah habis dijual dan kami terpaksa membeli tiket pada hari selasa pagi, dengan itu kami terpaksa bermalam sehari lagi di Kangar..Oleh kerana tidak jadi balik pada hari isnin kami merancang melawat dan melihat di Gua Kelam

Pada 25 Januari 2016 dengan menaiki van yang kami sewa kami pergi ke Gua Kelam, Gua Kelam ini terlatak berhampiran dengan Padang Besar. Lihat peta dibawah.




Pada 26 Januari 2016 (selasa) jam 9,40 pagi kami menaiki tren ETS Platinum berangkat meninggalkan  Bandar Diraja Arau menuju ke KL untuk balik setelah 4 hari berjalan di Padang Besar Perlis dan Pulau Langkawi. Selamat tinggal Perlis dan Insya Allah jika ada rezeki dan kesempatan, kami akan datang lagi kalau tidak ke Padang Besar kami ke Pulau Langlawi sahaja. Sekian



Saturday, January 02, 2016

Selamat Tahun Baru 2016


Masa datang dan masa berlalu, tanpa kita sedari kita telah melangkau jauh kedepan bersama membawa usia kita. setiap tahun kita menanti kedatangan tahun baru, dengan itu juga terserlah satu keazaman dan cita-cita yang sering kali diucapkan di awal tahun. tetapi adakah semua itu telah terlaksana atau tinggal keazaman bersama hembusan bayu begitu sahaja. Inilah persoalannya bagi setiap individu yang mempunyai keazaman dan cita-cita yang tidak tercapai dan ianya membawa ketahun berikutnya. 

Sebagai seorang muslim,. kita sepatutnya menyambut dan merayakan tahun baru Islam iaitu awal Muharram kerana sesuai atas tuntutan agama. kerana dari satu tahun ke satu tahun dalam Islam dikatakan satu hijrah. Sebagai mana Rasulullah saw diperintahkan hijrah oleh Allah SWT dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kita sepatutnya begitu, kerana hijrah memberikan satu harapan yang lebih baik daripada keadaan sebelum hjrah.

Sungguhpun demikian, kerana kita berada dalam  tahun masehi, sedikit sebanyak memberi kesan dan pengaruh dalam kehidupan kita seharian. Apa pun saya ucapkan selamat tahun baru 2016