Masa datang dan masa berlalu, tanpa kita sedari kita telah melangkau jauh kedepan bersama membawa usia kita. setiap tahun kita menanti kedatangan tahun baru, dengan itu juga terserlah satu keazaman dan cita-cita yang sering kali diucapkan di awal tahun. tetapi adakah semua itu telah terlaksana atau tinggal keazaman bersama hembusan bayu begitu sahaja. Inilah persoalannya bagi setiap individu yang mempunyai keazaman dan cita-cita yang tidak tercapai dan ianya membawa ketahun berikutnya.
Sebagai seorang muslim,. kita sepatutnya menyambut dan merayakan tahun baru Islam iaitu awal Muharram kerana sesuai atas tuntutan agama. kerana dari satu tahun ke satu tahun dalam Islam dikatakan satu hijrah. Sebagai mana Rasulullah saw diperintahkan hijrah oleh Allah SWT dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kita sepatutnya begitu, kerana hijrah memberikan satu harapan yang lebih baik daripada keadaan sebelum hjrah.
Sungguhpun demikian, kerana kita berada dalam tahun masehi, sedikit sebanyak memberi kesan dan pengaruh dalam kehidupan kita seharian. Apa pun saya ucapkan selamat tahun baru 2016
No comments:
Post a Comment