Tuesday, December 22, 2015

Semalam di Port Dickson

Pada 19 Disember 2015 saya tiga beranak iaitu isteri dan anak lelaki saya telah berangkat ke Port Dickson (PD) untuk berjalan dan berehat di Kondo TNB di Teluk Kemang PD. Sebenarnya saya sudah lama tidak berjalan ke PD sejak saya bersara sudah 10 tahun kerana tiada apa-apa yang hendak dicari disana. Secara kebetulan anak lelaki saya dan isterinya yang bekerja di TNB dapat menempah untuk menginap di kondo pada hujung minggu, maka saya menumpang untuk bersama menginap dimana mereka mendapat 2 bilik kondo tersebut.


kenangan di kondo TNB


Di PD selepas 10 tahun tidak banyak berubah, keadaannya masih sama tetapi pada hujung minggu memang ramai yang mengunjung di tepi pantai mungkin kerana kesempatan mereka sempena percutian sekolah maka mereka mengambil cuti rehat hujung Disember 2015. Pada hari minggu pagi lebih kurang jam 1030 pagi setelah menginap semalam maka  saya berangkat bersama keluarga meninggalkan PD balik ke Klang. Selamat tinggal PD, Insya 'Allah jika ada kelapangan kami akan datang lagi.


No comments: