Monday, December 14, 2015

Trip ke Italy

Pada tahun ini sahaja (2015) saya telah melancung dan berjalan bersama isteri saya ke beberapa buah negara iaitu Brunei DarussalamGold Coast, Melbourne Australia, Pulau Batam Indonesia dan kini Italy.  Isteri saya dan saya memang suka melancung keluar negara, itu pun kalau ada duit kerana melancung ke sesebuah tempat memerlukan perbelanjaan yang besar tambahan lagi dengan  nilai duit kita yang semakin turun jika dibandingkan dengan nilai duit negara yang kita lawati.

Pada 29 Nov – 7  Dis 2015 saya melancung bersama isteri  dan anak perempuan saya ke Italy. Trip kali ini adalah selama 9 Hari 6 malam. tempat dan penginapan seperti dibawah
  • malam pertama Holiday Inn di Rome (semalam)

  • malam kedua Charme Hotel di Prato (semalam)

  • malam ketiga/Keempat Novotel Hotel di Venice (2 malam)

  • malam kelima/keenam Klima Hotel Milano Fiere di Milan (2 malam)


Kami pergi dengan menaiki penerbangan Etihad bersama dengan kumpulan seramai 34 orang yang diketuai oleh Amiruddin yang dikenali dengan panggilan ‘mamu’ (orang Penang). Penerbangnan ini tidak terus ke Rome tetapi ia transit di Abu Dhabi. Penerbanngan dari KLIA ke Abu Dhabi memakan masa selama 7 jam dan  perbezaan masa Abu Dhabi dengan Malaysia selama 4 jam.   Dari Abu Dhabi ke Rome pula penerbangan memajan masa 6 jam lagi..Perbezaan masa Abu Dhabi dengan Malaysia selama 7 jam dan perbezaaan masa Italy dengan Malaysia perbezaanya selama 7 jam

Sepanjang berada disana, kami melawat beberapa tempat purba dan membelibelah dibeberapa 'Outlet' untuk membeli barangn-barang berjenama antaranya tempat membeli-belah Mc Acthur Outlet di Rome, Hard Rock Cafe di Venice dan Saravalle Outlet di Milan.


Anis bergambar berlatarbelakangkan bangunan purba Colloseum dan Pantheon


kenangan di Vitican City dalam lawatan di Bandaraya Rome (gambar kabus kerana cuaca sejuk



Kenangan di 'Leaning Tower of Pisa'

Di Venice Island

Menaiki Gondola mengelilingi 'tunnel' di celah-celah bangunan dan melihat serta merakamkan gambar-gambar keindahan di Venice Island



Merakamkan kenanngan dihadapan Kedai Hard Rock Cafe di Venice Island dan 'shopping'




Antara tempat-tempat yang menarik dalam trip ke Italy adalah tempat peninggalan sejarah purba paling banyak di Rome, selain daripada itu kami juga dibawa kebeberapa tempat iaitu gereja terbesar di Vitican City di Rome dan Catheral Santa Maria Del Fiore di Venice. Sebenarnya saya tidak berapa suka melawat ke tempat-tempat begini kerana kita orang muslim tidak perlu mengambil tahu hal-hal sedemikian.

Cuaca pula, sebaik sahaja tiba di Airport Rome cuaca sejuk mula terasa tetapi masih boleh mengena pakaian nipis dengan blazer sahaja. Apabila keesokannya harinya perjalanan diteruskan mengarah utara dari Rome ke Prato, Venice cuaca semakin sejuk sehingga suhu menurun 4 - 6 darjah celcius. Naik lagi ke utara Venice, Verona dan Milan  keadaan sekeliling berkabus menandakan cuaca semakin sejuk, disini siang masa pendek berbandingn malam yang panjang kerana pukul 4 jam waktu disana sudah gelap. Begitulah kebesaran Allah yangn menentukan keadaan suatu tempat yang berlainan keadaan dan cuacanya.


No comments: