Minggu lepas pada 21 Mei 2016 sempena cuti am, saya ke Melaka dengan memandu kereta bersama isteri saya Normah. Melaka adalah negeri kelahiran saya. Sejak ketiadaan kedua orang tua, saya sudah lama tidak balik. walaupun perancangan awal saya dan isteri ingin menetap di Melaka. tetapi oleh kerana isteri saya masih lagi belum bersara rancangan itu ditangguh buat sementara waktu.
Saya ke Melaka terus ke pusat bandar dengan tujuan untuk makan sate dan minum di tepi sungai Melaka. Makan disinilah saya disapa dan bertemu dengan kawan lama yang masih lagi bertugas di Kulai Johor. Menurut katanya, kedatangannya ke Melaka hanya untuk berjalan bersama keluarga.
saya rakamkan gambar isteri saya di gerai makan tepi sungai Melaka
Pemandangan sungai Melaka yang indah dan dilaluioleh cruise yang membawa pelancung menikmati keindahan badaraya Bersejarak Melaka
]
Kawan lama Zawawi Haron bertemu di Melaka
Selepas menikmati jamuan di gerai tersebut saya berangkat balik menuju ke kampong kelahiran saya iaitu di Kampong Gelam lebih kurang 15 kilometer dari pusat bandar menghala ke Tanjung Kling. Saya bercadang hendak singgah di rumah kakak yang sulung tetapi mereka tiada di rumah mengikut katanya dia pergi ke Muar untuk melawat anak perempuannya yang bertugas sebagai doktor di hospital Muar keguguran, jadi saya terus ke rumah lama kedua ibu bapa saya yang masih tinggal dan tidak diduduki. Selepas itu, saya menziarahi rakan sekampong yang sama berkhidmat didalam ATM, namanya Abang Judin Selim. khabarnya dia sakit kerana stroke. saya melawat dan berjumpa dengannya. saya sedih melihat keadaannya dan saya berdoa semoga beliau beroleh kesihatan daripada Allah SWT, Lebih kurang jam 3.30,petang saya berangkat balik ke Klang dengan melalui jalan Masjid Tanah dan ke Port Dickson terus ke Seremban dan menuju ke Klang.