Wednesday, May 04, 2016

Sdr Zubir Daharun sakit berada di KPJ Damansara

Pada 26 April 2016 yang lalu kami berdua iaitu saya bersama dengan tuan Rusli sebetulnya ada satu perjumpaan dengan puan Lisa Pengurus Sumber  Stesen Hidro Bakun Sarawak di Pejabat di CP Tower pada jam 10 pagi. Tetapi oleh kerana Puan Lisa ada urusan mesyuarat dengan jabatannya maka perjumpaan tersebut ditangguhkan. 


Oleh kerana tidak jauh dari CP Tower ke KPJ Damansara jadi kami mengambil keputusan untuk melawat sdr Zubir di Hospital dimana beliau masih dirawat. Setibanya kami diHospital kami mencari tempat letak kereta dipersekitaranya, tetapi malangnya semuanya penuh termasuk parking valet. lebih 20 minit kami tidak dapat memakirkan kereta, Saya dan tuan Rusli mengambil keputusan untuk balik dan menghantar tuan Rusli ke keretanya yang diletakkan di Komplek Sukan TNB Bangsar.

Daripada situ saya pun berangkat balik ke Klang, tetapi tuan Rusli memberitahu saya bahawa beliau berkesempatan untuk melawat Zubr. Dibawah ini adalah kenyataan beliau mengenai Zubir.

Quote "Assalamulaikum WBT. Tengah hari tadi saya berkesempatan ziarah sdra Zubir Daharun d wad ICU Tingk 3 KPJ Damansara. Sejak kena stroke dia tidak pernah sedar (conscious)....Dari maklumat yg di terima dari isterinya...beliau telah menjalani 2 operation dimana kepala nya di tebuk utk keluarkn air. Isterinya memaklumkan bahawa dia juga mempunyai komplikasi kerana buah pinggang nya mula merosot serta juga paru paru beliau. Mari lah kita sama2 berdoa agar Allah meringankan beban kesakitan nya dan melindungi serta menyembuhkan keadaan kesihatan beliau seperti normal. Bagi ALK serta semua teman yg mengenali beliau dan mempunyai kelapangan, harap dapat ziarah dan memberi sokongan kpd family beliau...terima kasih" Unqoute

Untuk makluman, sdr Zubir dimasukan ke Hospital KPJ Damansara pada 3 April 2016 sehingga kini berita ini ditulis pada 3 Mei 2016 beliau masih mendapat rawatan di hospital berkenaan. saya dan semua ALK koperasi memohon kepada Allah SWT supaya menyembuhkan sdr Zubir dari keuzuran yang ditanggunginya. Harap maaf kerana lewat di "posting" kan.

No comments: