Monday, July 25, 2016

Kenangan Dalam Bulan Ramadhan dan Syawal baru-baru ini

Sepanjang Ramadhan pada tahun 2016 bersamaan 1437 Hijriah, aku menjalani pembedahan mata sebelah kiri yang semakin kabur. Pembedahan tersebut dilakukan pada 13 Jun bersamaan pada 8 Ramadhan oleh Dr. Siti Haida di DEMC Shah Alam. Sebelum pembedahan aku  melalui banyak proses iaitu 
  • 6 Mei buat temujanji dengan Dr Siti Haida, 
  • 17 Mei buat pemeriksaan mata, 
  • 3 Jun pemeriksaan mata ulangan. 
  • 9 Jun  membuat medical check-up mengambil darah, x-ray dan ECG (jantung) bagi memastikan semua pemeriksaan  dijalankan dalam keadaan yang baik yang membolehkan  aku menjalani pembedahan mata
  • 13 Jun  - 8.30 pagi  pembedahan mata kiri dan setelah selesai pada jam 4 petang dibenarkan keluar hospital
Rehat sebaik sahaja pembedahan dijalankan

Sepanjang tempoh rawatan aku aku tidak dibenarkan membuatkan kerja-kerja berat dan bersolat duduk kerana menjaga mata selepas kanta diganti. Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya penglihatan ku bertambah baik terutama mata kiri. Alhamdulillah   

Pada 6 Julai- jatuh 1 syawal,  selepas solat sunat hari raya kami berangkat sekeluarga ke Melaka kerana beraya di kampong tempat kelahiranku, tetapi kami menginap di Kondo A Farmosa Alor Gajah selama 2 malam, atas tempahan isteri ku normah


Pada 2 Syawal kami berjalan kerumah antaranya ke rumah rakan lama semasa dalam tentera dulu iatu rumah Encik Umar Said di Rembau Negeri Sembilan.


mengabadikan dalam rakaman photo 

Menikmati jamuan yang disediakan


kenangan dihadapan rumah beliau sebelum kami berangkat balik

dan mengunjungi saudara mara di Bukit Rambai iaitu Solok Seberang Gajah dirumah sepupu Mohamad Hj Bachik.  Tetapi sedihnya pada 12 Syawal beliau telah kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah buat beliau. Dibawah ini ada kami rakamkan kenangan berhari raya dirumah beliau.


Kenangan bersama sepupu yang telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Syawal 1437

Pada 23 Julai bersamaan 18 Syawal kami sekeluarga mengadakan pula 'Rumah Terbuka' ramai sanak saudara, handai taulan, jiran tetangga yang datang meraikan rumah terbuka yang kami adakan. Syukur Alhamdulillah.....


Antara anak saudara dari Muar yang hadir

Idrus dan Ijal sedang mengambil makanan yang disediakan


 Anis dengan rakan kenalan yang dikenali semasa di Japan 


gambar kenangan bersama keluarga dari Shah Alam yang dikenali semasa trip ke Japan




No comments: