Thursday, August 25, 2016

Graffiti Today August 26, 2016

1.     2016 went by too fast because now entered the last week of the month of August and a few days more will enter the month of September. In October a lot of activities to be carried out between annual general meeting on October 30th and early October security guards conduct refresher training Sarawak Bakun Hydro, which began at 3 to October 10 in two groups, each group is 5 days.

2.     At the same time, now I help the treasurer of the cooperative to provide financial statements audited by the Auditor SKM. On this day, August 26 at 3pm I along with Tuan Hj Ahmad Rusli would meet En. Shahril Auditors SKM to resolve some matters arising from the financial statements.

3.      Apart from that there are a lot of outstanding work that has not been set up which provides Minutes and Reports Annual General Meeting, the minutes of ALK, provides lecture notes, update the list of members to be included in the SKM system, activate the account with CIMB cooperatives and others

4.      I will try to complete all the things before the last meeting of ALK 2015/16 session will be held, as well as to provide the General Meeting, which will be presented in ALK meeting scheduled in mid-September 2016

5.       Hopefully everything is made easy by Allah SWT - 

Mohamad Maon 
Secretary


Bahasa Melayu

Coretan Hari Ini 26 Ogos 2016

(Tahun 2016 berlalu terlalu pantas kerana sekarang sudah masuk minggu terakhir bulan ogos dan beberapa hari lagi akan memasuki bulan september. Pada bulan Oktober banyak aktiviti perlu dilaksanakan antaranya mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 30 oktober dan awal bulan oktober menjalankan latihan ulangkaji pengawal keselamatan Hidro Bakun Sarawak yang bermula pada 3 hingga 10 Oktober didalam dua kumpulan setiap satu kumpulan adalah selama 5 hari. 

Dalam masa yang sama, kini aku membantu bendahari menyediakan penyata kewangan koperasi untuk diaudit oleh Juruaudit SKM. Pada hari ini, 26 Ogos jam 3 petang aku bersama dengan Tuan Hj Ahmad Rusli akan mengadakan perjumpaan dengan Sharil Juruaudit SKM untuk menyelesaikan beberapa perkara yang timbul dari laporan kewangan itu.

Selain daripada itu ada banyak kerja yang tertunggak yang belum siapkan antaranya menyediakan Minit dan Laporan Mesyuarat Agung Tahunan, minit mesyuarat ALK, menyediakan nota ceramah, mengemaskinikan senarai anggota koperasi untuk dimasukkan dalam sistem SKM, mengaktifkkan akaun koperasi dengan CIMB dan lain-lain lagi

saya akan cuba menyiapkan semua perkara sebelum mesyuarat ALK yang terakhir bagi sesi 2015/16 akan diadakan, begitu juga untuk menyediakan Laporan Mesyuarat Agong yang akan dibentangkan dalam mesyuarat ALK  yang dijadualkan pada pertengahan bulan september 2016

Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT)








Wednesday, August 17, 2016

Semalam Adalah Ulang Tahun Kelahiran ku 67 tahun

Semalam adalah tarikh 16 Ogos. Kedatangan 16 Ogos setiap tahun adalah menandakan bertambah lagi atau meningkat setahun lagi usia ku. Aku dilahirkan oleh ibuku yang bernama Patimah binti Bedul pada 16 Ogos 1949 di Pengkalan Perigi Tg Kling Melaka. Dengan kedatangan tarikh tersebut, kini aku telah berusia 67 tahun. Ini bererti aku telah bersara dari perkhidmatan selama 11 tahun dimana umur persaraan pada usia 56 tahun. Aku bersyukur kepada Allah SWT dengan izinNya aku diberikan kesihatan sehingga mencapai ke usia sekarang . Alhamdulillah




Tugas Khas di Bakun dengan Hj. Ahmad Rusli

Pada 1 Ogos 2016 saya ke Bakun Hidro bersama dengan Hj. Ahmad Rusli untuk suatu tugas yang diarahkan oleh Sarawak Hidro Bakun untuk menjalan satu sesi temubual dan siasatan di Pejabat Polis Bantuan Bakun. Tugas tersebut yang dijalan selama hmpar 9 hari dan selesai pada 8 Ogos 2016.







Melawat Balai Polis Belaga dan bergambar dengan Insp Sofian


Latarbelakang Ampangan Bakum


bersama Keluarga En Afizarman di Bintulu 


kenangan bersama dengan Polis Bantuan Bakun


Rumah penginapan sepanjang berada di Bakun