Wednesday, August 17, 2016

Semalam Adalah Ulang Tahun Kelahiran ku 67 tahun

Semalam adalah tarikh 16 Ogos. Kedatangan 16 Ogos setiap tahun adalah menandakan bertambah lagi atau meningkat setahun lagi usia ku. Aku dilahirkan oleh ibuku yang bernama Patimah binti Bedul pada 16 Ogos 1949 di Pengkalan Perigi Tg Kling Melaka. Dengan kedatangan tarikh tersebut, kini aku telah berusia 67 tahun. Ini bererti aku telah bersara dari perkhidmatan selama 11 tahun dimana umur persaraan pada usia 56 tahun. Aku bersyukur kepada Allah SWT dengan izinNya aku diberikan kesihatan sehingga mencapai ke usia sekarang . Alhamdulillah




No comments: