Saturday, January 21, 2017

Mesyuarat ALK ke 2

Pada 20 Januari 2017, ALK telah mengadakan  mesyuarat bagi kali kedua dimana kali pertama telah diadakan pada 16 November 2016 di pejabat Perunika Jalan Bangsar Kuala Lunpur. Mesyuarat kali ini banyak membincangkan aktiviti koperasi dan berkisar disekitaran anugerah projek dari Naluri Rasa mengecat  tiang letrik. Projek ini julung kali diberikan kepada koperasi yang bertujuam bagi mengisi dana koperasi selain daripada projek latihan dan pembangunan yang mana koperasi memperolehi komisyen 10 peratus bagi setiap projek yang dijalankan.



Selain dari membincangkan kegiatan koperasi, pengerusi juga telah mencadangkan bahawa koperasi seharusnya mengadakan dan membuat lawatan ke atas pesara2 keselamatan untuk menziarahi dan melawat pesara-pesara keselamatan untuk bertanyakan khabar berita dan keadaan kesihatan mereka.

No comments: