Tuesday, April 11, 2017

Bicara Ilmu


1. Pada penghujung bulan Mac yang lalu, iaitu pada tanggal 30 Mac 2017, dua orang wakil koperasi Encik Mohamad bin Maon dan Encik Mohd Noor bin Zakaria telah menghadiri satu seminar Bicara Ilmu anjuran MKM bertajuk 'Bisnes Hotel Budget dan Homestay'' Lonjak Pendapatan Koperasi, bertempat di Puteri Resort  Ayer Keroh Melaka. 


2. Sebenarnya koperasi menghantar 4 orang wakil iaitu Tn Hj. Ahmad Rusli bin Ibrahim dan Mohd. Idlan bin Mohd Noor. tetapi mereka ini tidak dapat hadir kerana Tn Hj Rusli masalah kesihatan dan Encik Mohd Idlan atas urusan bisnes syarikat.

3.  Seminar ini walaupun diadakan setengah hari ianya memberikan imfak dan ilmu pengetahuan yang berguna untuk koperasi jika ianya ingin dilaksanakan. Bicara ilmu yang berlangsung dalam dua sesi telah disampaikan oleh Encik Tarmizi bin Samsi, Timbalan Presiden, Hotel Budget Malaysia dan YBhg. Dato Shahariman bin Hamdan, Pengerusi, Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia

4. Insya Allah, kami akan kemukakan kepada ALK didalam mesyuarat nanti apabila pandangan dan cadangan untuk mengwujudkan samada Hotel Bajet atau pun Homestay. Sekian laporan Mohamad bin Maon

No comments: