Sunday, December 31, 2017

Selamat Tahun Baru 2018




Hari ini adalah hari terakhir iaitu 31 Disember 2017, maka tengah malam ini tepat jam 12.00 maka bermulalah detik kedatangan tahun baru 2018. Dengan kedatangan tahun 2018 maka berlalu tahun 2017 dengan meninggalkan berbagai kenangan pahit dan manis. Kedatangannya juga bererti usia kita semakin meningkat.

Kita bertanya pada diri kita, apakah azam dan semangat pada tahun baru ini? adakah azam dan semangat tahun 2017 telah tertunai atau akan dibawa ke tahun 2018? atau ia telah melepasi sasarannya? Itu yang tidak pasti untuk memberikan jawapannya, kerana setiap individu mempunyai azam dan semangat yang dicita-citakan. 

Adalah diharapkan simbol 2018 memberikan cahaya pengharapan bagi setiap insan. Cahaya dan pengharapan adalah bersumberkan daripada hidayah Allah SWT. Semoga diperkenankan oleh Allah dengan izinNya.

Sunday, December 17, 2017

Mesyuarat ALK sesi 2017/18

Pada 16 Disember 2017 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB mengadakan mesyuarat kali ke 2 ekoran dari mesyuarat pertama selepas mesyuarat agung pada 28 Oktober 2017. Mesyuarat ini diadakan di pejabat koperasi di Taman Bukit Jati 5 Klang.



Mesyuarat di pengerusikan oleh Hj. Ahmad Rusli


Mesyuarat ini untuk mengambil tindakan beberapa cadangan yang dibangkitkan pada mesyuarat pertama tempoh hari. Antaranya mengisi beberapa portfolio yang belum disenaraikan dan juga meluluskan mengekalkan pelantikan 3 orang Juruaudit.

Portfolio berkenaan adalah seperti berikut:

i.   Latihan dan Pendidikan
     Encik Mohamad bin Maon

ii.  Perladangan dan Perancangan
     Encik Hamzah bin Redza

iii.  Kebajikan dan Masyarakat
      Encik Mohd, Noor bin Zakaria

iv.  Pentadbiran dan Urusetia
      Encik Mohd. Daud bin Gimo

v.   Perhubungan Awam
     Hj. Ibrahim bin Mohamed

vi.  Kewangan
      Encik Mohtar bin Yusof

vii. Analisis dan Risiko
      Encik N. Manohara

Mesyuarat ALK juga telah mencadangkan dan bersetuju untuk mengekalkan tiga orang JAD (Jawatankuasa Audit Dalaman) bagi sesi 2017/18 untuk setahun lagi, mereka ialah seperti berikut:

i.  Mohd. Faizal bin Ahmad Rusli
ii. Khairil Anuar bin Mohamad
iii. Mohd. Khairul Anuar bin Mohd. Noor

Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa semua ALK yang belum lagi mencarumkan sebanyak RM1K dikehendaki membayar caruman saham seperti yang dinyatakan dengan kadar dalam tempoh 3 bulan. ini sejajar dengan peruntukkan didalam UUK koperasi fasal 55(1) dan juga Fasal 55 (2)

Mesyuarat kali ini seramai 4 ALK tidak hadir iaitu:

  • Hj. Ahmad Nasir bin Abd. Rahim
  • Hj. Ibrahim bin Mohamed
  • En. Mohd Daud bin Gimo
  • En. Mohtar bin Yusof
Adalah diharapkan mesyuarat dimasa akan datang semua ALK tidak berkecuali dikehendaki hadir mesyuarat dan koperasi boleh membuat keputusan dengan majoriti. Sekian dan keputusan yang lain semuanya ada didalam minit mesyuarat.

Tuesday, December 12, 2017

Trip ke New Zealand

Sebenarnya kami sudah lama merancang untuk melancung ke New Zealand kerana banyak negara disebelah sini sudah dilawatinya. Perancangan tersebut menjadi kenyataan apabila kami mendaftar bersama pakej Nusatravel yang mengurus pemergian ke New Zealand selama satu minggu bermula 26 November hingga 4 Disember 2017.  

Pada 26 November 2017 saya bersama isteri Normah Sarkawi berlepas ke New Zealand bersama dengan 36 orang yang lain yang turut serta ke NZ. Pemergian ke NZ adalah dengan penerbangan AirAsiaX yang berlepas dari KLIA2 jam 11.45 malam menuju ke Gold Coast Australia yang memakan masa hampir 8 jam. dan kami tiba di Gold Coast (GC) pada jam 7.50 pagi waktu GC. Kami semua transit di GC sebelum meneruskan penerbangan ke Auckland NZ pada jam 9.50 pagi dengan flight yang sama. Penerbangan ke Auckland mengambil masa 2 jam 50 minit dan tiba di Airport Auckland pada jam 12.35 tengahari waktu NZ pada 27 November 2017 




Setiba di Auckland, kami bermalam di Oakwood Manor dan kami ke Christchurch keesokan pagi dengan satu lagi penerbangan.



Dari Auckland ke Christchurch ke Pulau Selatan NZ kami menaiki penerbangan JetStar yang memakan masa selama 1 jam setengah. 



Tiba di Christchurch, jam 8 pagi dan dibawa ke Botanic Garden bersebelahan dengan Avon River dan Hagley Park. kami melawat di Canterburry Museum dan di Restart Mall dimana satu-satunya mall yang unik yang diperbuat daripada container yang menjual souveir (cenderahati).



kenangan di Canterburry Museum pada lawatan hari pertama dan melihat dibeberapa tempat termasuk dikawasan yang berlaku gempa bumi yang kuat pada 22 Feb 2011



Bangunan diatas ini adalah bangunan yang baru dibina bagi menggantikan bangunan yanng runtuh akibat gempa bumi yang kuat termasuk dipersekitaranya


batu peringatan ketika gempa bumi yang terletak ditengah bandar

  dihadapan museum


 bergaya berlatarbelakang pengangkutan tram


  bersebelahan dengan Avon River


dipintu gerbang di pusat bandar Christchuch dan gambar diabadikan didalam museum



Kenangan dalam museum

Insya Allah, kami akan muatkan gambar dan pemandangan yang menarik di bahagian ke 2..