Sebenarnya kami sudah lama merancang untuk melancung ke New Zealand kerana banyak negara disebelah sini sudah dilawatinya. Perancangan tersebut menjadi kenyataan apabila kami mendaftar bersama pakej Nusatravel yang mengurus pemergian ke New Zealand selama satu minggu bermula 26 November hingga 4 Disember 2017.
Pada 26 November 2017 saya bersama isteri Normah Sarkawi berlepas ke New Zealand bersama dengan 36 orang yang lain yang turut serta ke NZ. Pemergian ke NZ adalah dengan penerbangan AirAsiaX yang berlepas dari KLIA2 jam 11.45 malam menuju ke Gold Coast Australia yang memakan masa hampir 8 jam. dan kami tiba di Gold Coast (GC) pada jam 7.50 pagi waktu GC. Kami semua transit di GC sebelum meneruskan penerbangan ke Auckland NZ pada jam 9.50 pagi dengan flight yang sama. Penerbangan ke Auckland mengambil masa 2 jam 50 minit dan tiba di Airport Auckland pada jam 12.35 tengahari waktu NZ pada 27 November 2017
Setiba di Auckland, kami bermalam di Oakwood Manor dan kami ke Christchurch keesokan pagi dengan satu lagi penerbangan.
Dari Auckland ke Christchurch ke Pulau Selatan NZ kami menaiki penerbangan JetStar yang memakan masa selama 1 jam setengah.
Tiba di Christchurch, jam 8 pagi dan dibawa ke Botanic Garden bersebelahan dengan Avon River dan Hagley Park. kami melawat di Canterburry Museum dan di Restart Mall dimana satu-satunya mall yang unik yang diperbuat daripada container yang menjual souveir (cenderahati).
kenangan di Canterburry Museum pada lawatan hari pertama dan melihat dibeberapa tempat termasuk dikawasan yang berlaku gempa bumi yang kuat pada 22 Feb 2011
Bangunan diatas ini adalah bangunan yang baru dibina bagi menggantikan bangunan yanng runtuh akibat gempa bumi yang kuat termasuk dipersekitaranya
batu peringatan ketika gempa bumi yang terletak ditengah bandar
Insya Allah, kami akan muatkan gambar dan pemandangan yang menarik di bahagian ke 2..

dihadapan museum
bergaya berlatarbelakang pengangkutan tram
bersebelahan dengan Avon River
dipintu gerbang di pusat bandar Christchuch dan gambar diabadikan didalam museum
Kenangan dalam museum
Insya Allah, kami akan muatkan gambar dan pemandangan yang menarik di bahagian ke 2..
No comments:
Post a Comment