Tuesday, February 06, 2018

Kemalangan Yang tak boleh saya lupakan

Pada hujung Januari iaitu tanggal 31 Januari 2018 bersamaan hari rabu adalah hari cuti umum sempena Thaipusam, jadi saya dan isteri mengambil kesempatan balik ke Melaka untuk menguruskan rumah yang dibeli oleh anak saya di Taman Tg Minyak Perdana, sementelah lagi cuti umum tersebut bersambung pada 1 Februari 2018 hari khamis sempena hari Wilayah, jadi isteri saya perlu mengambil cuti rehat hari jumaat sahaja untuk menyambung cuti sehingga hari ahad. 







Sebaik sahaja saya dan isteri tiba di melaka adik saya Osman meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat kanser paru-paru dirumahnya setelah beberapa hari berada di Hospital Melaka. Jadi kami berdua pergi menziarahi arwah dirumahnya sehingga pengkebumian selepas solat asar, semuanya diuruskan oleh pihak pengurusan masjid Kg Gelam. Saya sekeluarga bersama keluarga arwah Osman mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan masjid kerana menguruskan pemandian jenazah, solat jenazah sehingga pengkebumian selesai.

Oleh kerana di atas kematian adik saya itu, maka kami tangguhkan urusan rumah anak saya itu pada hari khamis sehingga selesai. setelah selesai kami berdua bercadang untuk balik ke Klang pada pagi jumaat 2 Februari 2018 kerana untuk urusan tabung haji dan keesokannya pada hari sabtu kami perlu menghadiri kursus haji di masjid Rahimiah Klang. Dalam perjalanan balik ke Klang melalui Lebohraya berhampiran dengan Dengkil tanpa saya sedar, saya tertidur semasa pemanduan, kami memasuki lorong tengah dan seterusnya memasuki lorong paling kanan dan melanggar pembahagian jalan akibatnya kereta saya remuk dibahagian kanan dari depan hingga ke pintu. (lihat gambar)








Dalam kemalangan tersebut saya bersyukur kepada Allah SWT kerana saya dan isteri saya dilindungi oleh Allah SWT didalam keadaan baik dan sihat, cuma isteri saya menghadapi trauma kesan daripada kemalangan berkenaan. Inilah pengalaman ngeri yang tak boleh saya lupakan sepanjang hayat saya.

No comments: