Pada 7 hingga 9 Disember 2018, kami sekeluarga melancung ke Pulau Langkawi dengan menaiki penerbangan AirAsia pada petang jumaat jam 6.45 petang dan ditunda pada jam 7.30 malam, dan kami tiba di Airport Langkawi sejam kemudian dan kami disambut oleh Firdaus menantu kepada Resah dimana kami menginap di tempatnya NR Langkawi Motel di Pantai Tengah.
Disini tempat kami menginap sepanjang dua hari kami berada di Langkawi. Di Langkawi kami bershopping di Haji Ismail Group (HIG) dengan membeli coklat, beg pakaian dan kain batik untuk pakaian harian serta melawat di Padang Mat Sirat, dan makan laksa ikan 'sekoq' di teping lapangan terbang Langkawi serta kereta kabel di Gununng Macincang, tetapi kami tidak dapat menaiki kereta kabel tersebut kerana pengunjung yang terlalu ramai, maklumlah mereka datang sempena cuti persekolahan.
Pada petang Ahad kami balik ke KL dengan menaiki penerbangan jam 6.30 petang di Langkawi dan tiba di KLIA jam 7.15 malam dan ke Klang dengan menaiki 'grab car'. Demikianlah trip kami sekeluarga ke Pulau Langkawi yang membawa seribu kenangan manis.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hj. Nasir dan Hjh Resah yang telah memberikan harga istimewa kepada keluarga kami yang menginap di Motelnya termasuk penggunaan kereta Inova.
No comments:
Post a Comment