Friday, August 21, 2020

MESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN


Pada 19 Ogos 2020  Rabu koperasi telah mengadakan satu mesyuarat latihan lanjutan daripada pegawai latihan Jabatan Perkhidmatan Keselamatan (JPK) ingin mengadakan latihan dan meminta koperasi agar dapat melatih anggota JPK dalam semua peringkat, ini berikutan apabila Dr Omar berbincang dengan pegawai Latihan JPK berkenaan.

Bagi menyediakan kertas kerja Ahli Jawatankuasa Latihan terdiri daripada Dato' Hj. Mohd. Noor Zakaria, Encik Mohamad Maon, Tuan Hj. Ahmad Rusli Ibrahim, Dr Hj Omar Sirat, Tuan Basharuddin Abdullah, Tuan Hj Johari bin Sharif telah berbincang dengan terperinci bagi menyediakan program-program yang bakal diadakan dengan JPK.

 Bagi tujuan itu Encik Mohamad Maon dikehendaki membantu bagi menyediakan kertas kerja yang hendak dimajukan kepada JPK




Thursday, July 30, 2020

Turki Aku Datang

     1.  Pada 29 Oktober 2019 yang lalu kami berempat  melancung ke Turki bersama dengan Nusa Travel, dengan menaiki Penerbangan Turki bersama dengan 32 orang lain terdiri daripada seramai 21 orang dari Medan Indonesia dan selebihnya adalah dari Malaysia

    2. Penerbangan yang memakan masa selama 13 jam tanpa henti dari KLIA ke Istanbul Turki, setibanya di Lapangan Terbang Istanbul kami disambut oleh pemandu pelancong dan dibawa mengeliling  Istanbul dan terus ke Kudasi dan Pamukkale




didataran makam Mustafa Kamal Ataturk




di hotel heral


bergambar bersama dengan Pak Bustami dari Medan




Hari Ke 8 - Menziarahi Masjid Abu Ayub Al Ansari

Sunday, May 24, 2020

Menyambut Aidilfitri dalam suasana wabak Covid 19

Hari ini pada 24 Mei 2020 bersamaan 1 syawal 1441 Hijrah, umat Islam di Malaysia menyambut dan meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang lain dari kebiasaan kerana ketika ini wabak corona virus yang dikenali dengan nama 'Covid 19' melanda diseluruh dunia. Oleh itu dengan keadaan yang sedemikian kerajaan telah mengenakan perintah supaya rakyat 'stay at home' dan dikuatkuasakan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Dengan kuasa perintah yang sedemekian, hari raya tahun ini semua rakyat beraya bersama keluarga sahaja termasuk solat sunat aidilfitri dan khutbah raya dilakukan oleh ketua keluarga dan tidak dibenarkan solat di masjid mahupun di surau kerana untuk menyekat merebaknya penularan wabak berkenaan. Jika berada diluar rumah diwajibkan sentiasa memakai topeng muka dan tangan sentiasa dibasuh dengan 'hand sanitizer'.

Saya, hari raya pada tahun ini adalah menjadi sejarah kerana tidak membeli sebarang biskut raya dan menyediakan kueh muih sebagaimana kebiasaan kerana kami jangkakan tidak ada sahabat handai/taulan dan jiran-jiran yang datang kerumah kerana bimbang dengan wabak berkenaan.

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin, Insya 'Allah jika ada umur berjumpa ditahun depan.