Friday, August 21, 2020

MESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN


Pada 19 Ogos 2020  Rabu koperasi telah mengadakan satu mesyuarat latihan lanjutan daripada pegawai latihan Jabatan Perkhidmatan Keselamatan (JPK) ingin mengadakan latihan dan meminta koperasi agar dapat melatih anggota JPK dalam semua peringkat, ini berikutan apabila Dr Omar berbincang dengan pegawai Latihan JPK berkenaan.

Bagi menyediakan kertas kerja Ahli Jawatankuasa Latihan terdiri daripada Dato' Hj. Mohd. Noor Zakaria, Encik Mohamad Maon, Tuan Hj. Ahmad Rusli Ibrahim, Dr Hj Omar Sirat, Tuan Basharuddin Abdullah, Tuan Hj Johari bin Sharif telah berbincang dengan terperinci bagi menyediakan program-program yang bakal diadakan dengan JPK.

 Bagi tujuan itu Encik Mohamad Maon dikehendaki membantu bagi menyediakan kertas kerja yang hendak dimajukan kepada JPK




No comments: