Pada hari ini selasa 20 Julai 2021 (Hijrah 1442) umat Islam sambut Aidil Adha dalam keadaan yang masih dilanda Covid 19. Walaubagaimana pun kita tetap bersyukur kepada Allah swt kerana kita dapat menunaikan solat sunat aidil adha kalau tidak dimasjid dan disurau, kita tetap dapat menunaikan solat sunat tersebut dirumah. Alhamdulillah.
Teks khutbah berkenaan telah diberikan oleh Jawatankuasa surau melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sebagaimana yang kita ketahui surau dan masjid dalam daerah Klang, pada tahun ini tidak dibenarkan melakukan ibadah korban kerana untuk menjaga Standing Operating procedure (SOP), Namun begitu, korban tetap kita laksanakan, pada tahun ini saya sekeluarga membuat korban seekor lembu di tempat pengajian pondok di Lancang Pahang. Moga-moga korban kami diterima oleh Allah Subhana Wataala.
Pada kali ini, pihak kerajaan masih tidak membenarkan membuat perjalanan rentas sempadan memandang penularan covid 19 masih ditahap 10K. Sekian, Mohamad Maon
No comments:
Post a Comment