Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad melalui siaran langsung di televisyen mengumumkan bahawa seperti berikut,
"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022," katanya.
Dengan pengumuman tersebut umat Islam Malaysia akan menyambut hari raya aidilfitri pada hari Isnin pada 2 Mei 2022 bersamaan 1 syawal 1443 H.
Oleh itu, kepada semua sahabat handai dan rakan taulan yang mengenali diri saya, saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin.
Ikhlas dari saya,
Mohamad Maon.
No comments:
Post a Comment