Pada hari ini tarikh 23/3/23 hari khamis, semua umat Islam menjalani ibadah puasa hari pertama sempena ketibaan Ramadhan Al Mubarak tahun hijrah 1444.
Saya bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan izin Nya kita dipanjangkan usia untuk menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang tidak dapat bersama melalui bulan ramadhan kerana telah dijemput oleh Allah terlebih dahulu.
Untuk menjalani ibadah puasa saya lampirkan amalan yang diamalkan oleh Rasululah:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” [QS.
Al-Baqarah (2): 183]
Sempena menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah, marilah kita amalkan sebagaimana amalan-amalan sunnah pada bulan Ramadhan yang dilakukan Rasulullah saw ketika hayatnya. Dua Belas (12) Amalan Sunnah Bulan Ramadhan Dari Rasulullah SAW
Berikut ini adalah amalan-amalan yang dianjurkan selama bulan Ramadhan sesuai sunnah Rasulullah saw:
1. Menyegerakan Berbuka Puasa - Apabila telah datang waktu berbuka
puasa, hendaklah menyegerakan berbuka, kerana didalamnya terdapat banyak
kebaikan. Rasulullah saw bersabda :
2. Melaksanakan Makan Sahur
- Daripada Amru bin al-Aas RA bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Perbezaan
diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu
ialah dengan makan sahur.” (HR. Muslim).
“Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat barakah.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
3. Membaca Al-Qur’an (Tilawah) - Ayat Al-Qur’an diturunkan pertama
kali pada bulan Ramadhan. Maka tidak hairan jika Rasulullah saw sering dan
lebih banyak membaca Al-Qur’an di bulan Ramadhan dibandingkan di bulan-bulan
lain. Imam Az-Zuhri berkata, “Apabila datang Ramadhan, maka kegiatan utama kita
selain berpuasa adalah membaca Al-Qur’an.” Bacalah dengan tajwid yang baik dan
tadabburi, fahami, dan amalkan isinya. Insya Allah, kita akan menjadi insan
yang barakah.
4. Memberikan Makanan Berbuka Puasa (Ith’amu ath-tha’am) - “Barang
siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya
pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun
pahala orang yang berpuasa itu” (Shahih Nasa’i dan Tirmidzi)
5. Berdakwah - Jangan sia-siakan kehadiran Ramadhan kali ini. Sepanjang bulan Ramadhan kita punya kesempatan berdakwah kerana pastinya suasana Ramadhan sudah sangat terasa dimana-mana dan setiap orang siap menerima nasihat.
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung” (QS. Al-Imran [3] : 104)
Namun pastikan jika kita memberi nasihat haruslah ada dalilnya. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa menunjukki kebaikan, baginya pahala sebagaimana orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.”
6. Solat Tarawih (Qiyamul Ramadhan) - Ibadah sunnah yang khas di bulan
Ramadhan adalah solat tarawih (qiyamul ramadhan). Yang paling penting diingat
ialah solat tarawih mesti dapat dilakukan walau di rumah sekali pun. Rasulullah
saw pernah merasa khawatir kerana takut solat tarawih dianggap menjadi solat
wajib kerana semakin hari semakin banyak yang ikut solat berjemaah di masjid
sehingga beliau akhirnya melaksanakan solat tarawih sendiri di rumah.
7. I’tikaf - Inilah amaliyah Ramadhan yang selalu dilakukan Rasulullah
saw. I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribadat kepada Allah
SWT. Abu Sa’id Al-khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. pernah beri’tikaf
pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan, dan paling sering di 10 hari terakhir
bulan Ramadhan.
8. Lailatul Qadar - Dalam
bulan Ramadhan ada satu malam yang istimewa: lailatul qadar, malam yang penuh
barakah. Malam itu nilainya lebih daripada seribu bulan. Rasulullah saw amat
berjaga-jaga untuk boleh meraih lailatul qadar. Maka, Beliau menyuruh kita
mencarinya di malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Kenapa?
Kerana, “Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan
ihtissab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” Begitu
sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
9. Umrah - Jika Anda punya rezeki cukup, pergilah umrah di bulan
Ramadhan kerana pahalanya berlipat kali ganda. Rasulullah saw. berkata kepada
Ummu Sinan, seorang wanita Ansar, agar apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah
ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah saw.
(HR. Bukhari dan Muslim)
10.Bertaubat - Selama bulan Ramadhan, Allah SWT membukakan pintu
ampunan bagi seluruh hambanya. Kerana itu, bulan Ramadhan adalah kesempatan
emas bagi kita untuk bertaubat kembali ke fitrah kita. Lakukanlah solat sunat
taubat dan banyakkan istighfar.
11. Zakat Fitrah - Zakat fitrah wajib dibayar sebelum hari Ramadhan
berakhir oleh umat Islam, baik lelaki dan perempuan, dewasa mahupun
kanak-kanak. Tujuannya untuk mensucikan orang yang melaksanakan puasa dan untuk
membantu fakir miskin.
12. Sedekah - Ibnu Abbas ra, berkata : “Rasulullah SAW adalah orang
yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau
ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur’an, Jibril menemui beliau
setiap malam pada bulan Ramadhan.
Itulah beberapa amalan ibadah mulia yang diajarkan oleh Nabi besar kita Rasulullah saw pada bulan Ramadhan. Semoga kita dapat mengerjakan semua amalan ibadah tersebut dengan niat ikhlas dan mengharap redha hanya dari Allah SWT Amin. Wallahu alam
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment