Sunday, May 28, 2023

Buah Jambu Lohan

Setiap kali saya balik ke Melaka bersama isteri atau keluarga, terutamanya pada hari sabtu atau minggu saya akan ke Pasar Besar Melaka yang terletak di Bachang untuk membeli barang  keperluan dapur dan disamping itu juga untuk menikmati makanan mee kari/rebus dan juga menikmati sate terutama sate kerang yang menjadi kegemaran kami sekeluarga, Dan tak lupa juga saya akan membeli buah jambu lohan yang dijual ditepi pasar menghala dilaluan masuk kepasar.   

Buah jambu lohan yang dijual oleh seorang cikgu yang bernama Shahirul, menjadi tumpuan kami, beliau menjual jambu tersebut tiga biji dengan harga RM10 sahaja, Biasanya kami akan membeli buah jambu berkenaan lebih daripada 9 biji semuanya dengan harga RM30. Jambu lohan ini, isinya lembut dan manis tidak seperti jambu-jambu yang lain.

Dibawah ini kami rakamkan gambar-gambar yang kami ambil ketika kami membeli jambu berkenaan. Cikgu Shahirul menjual jambu ketika hujung minggu. 

 



Wednesday, May 24, 2023

Ziarah Rumah Hj Din di Taman Chempaka Sari


Pada 15 Mei 2023 bersamaan 24 Syawal 1444 saya bertiga bersama sdr Yunus Ali dan Hj Alias Shafie menziarah Hj Din sambil berhari raya dirumah beliau di No. 57, Jalan E 3 Taman Cempaka Sari. Kami mendapati maklum bahawa Hj Din kurang sehat, jadi kami bertiga berkesempatan menziarah beliau. Sesampai kami dirumahnya, beliau kelihatan ceria menyambut kedatangan kami. Syukur Alhamdulillah beliau kelihatan sihat sebagaimana kami jangkakan.





Kelihatan dalam gambar Hj Din di tengah dikiri sdr Yunus dan dikanan saya sendiri. gambar diatas disebelah kanan sekali sdr Hj. Alias 

Wednesday, May 17, 2023

Ziarahi ke Rumah Sahabat lama Allahyarham Aziz di Sunggala Port Dickson

Pada 13 Mei 2023 sempena ke 22 Syawal 1444 H saya sempat menziarahi ke rumah Allahyarham Aziz di Port Dickson dalam perjalanan saya balik ke Melaka melalui PD. Allahyarham Aziz adalah sama-sama berkhidmat didalam angkatan tentera dalam Rejimen Ke 8 Askar Melayu Diraja di Kem Semenggo Kuching Sarawak pada tahun 1969 hingga 1972 sehingga pindah ke Kem Trendak Melaka. 

Pada tahun 1976 saya di postingkan  bagi penubuhan 19 RAMD di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani Kedah. bermula disinilah kami berdua berpisah sehingga saya menamatkan perkhidmatan dalam tentera selama 10 tahun pada tahun 1978. 


Photo kenangan bersama Allahyarham Aziz pada tahun 1970 ketika bertugas di Sarawak

Kami berjumpa kembali ketika saya mengahwinkan anak saya yang sulung melalui reunion pada tahun 2010, kedatangna mereka dapat mengenali mereka dalam perjumpaan tersebut.


Isteri Arwah Aziz sedih menceritakan kembali ketika suaminya meninggal tiada sebarang tanda-tanda sakit kepada isteri saya Normah ketika kami singgah kerumah beliau





anak beliau yang turut bersama dalam pertemuan tersebut