Setiap kali saya balik ke Melaka bersama isteri atau keluarga, terutamanya pada hari sabtu atau minggu saya akan ke Pasar Besar Melaka yang terletak di Bachang untuk membeli barang keperluan dapur dan disamping itu juga untuk menikmati makanan mee kari/rebus dan juga menikmati sate terutama sate kerang yang menjadi kegemaran kami sekeluarga, Dan tak lupa juga saya akan membeli buah jambu lohan yang dijual ditepi pasar menghala dilaluan masuk kepasar.
Buah jambu lohan yang dijual oleh seorang cikgu yang bernama Shahirul, menjadi tumpuan kami, beliau menjual jambu tersebut tiga biji dengan harga RM10 sahaja, Biasanya kami akan membeli buah jambu berkenaan lebih daripada 9 biji semuanya dengan harga RM30. Jambu lohan ini, isinya lembut dan manis tidak seperti jambu-jambu yang lain.
Dibawah ini kami rakamkan gambar-gambar yang kami ambil ketika kami membeli jambu berkenaan. Cikgu Shahirul menjual jambu ketika hujung minggu.
No comments:
Post a Comment