Sunday, June 25, 2023

Aktiviti-Aktiviti Di Awal Persaraan Bhg. 1

Sejak bersara dari perkhidmatan TNB tahun 2005, saya menjalani aktiviti biasa untuk memenuhi masa lapang bagi mengisi kehidupan sehari-harian. Diantaranya penubuhan koperasi, mengikuti kursus penulisan super, menyertai khemah Ibadah, pembelajaran agama di Madrasah Darul Ikhlasiah bertempat di Teras Jernang Bangi, Kuliah Agama di TNB Ibu Pejabat, menjadi tenaga pengajar bagi kursus-kursus dalam bidang keselamatan, dan Jururunding (Consultants) bagi anggota keselamatan di Stesen Janaelektrik Bakun, Sarawak.

Berikut adalah gambar-gambar yang menceritakan aktiviti tersebut.

mengikuti Kursus Penulis Super di Hotel Vistana Kuala Lumpur


menghadiri Khemah Ibadah di Kem Al Azhar Morib



Menjadi Tenaga Pengajar dalam bidang keselamatan di UNITEN Muazzam Pahang



menziarah dan lawatan ke rumah Abd Majid Khatib pentermah buku 'Ana Al Haq' di Ipoh bersama dengan Usrah Darul Ikhlasiah, Bangi yang diketuai Allahyarham Ustaz Ariffin Harun (berdiri paling kiri sekali)


bergambar dengan penulis dan penterjemah Abd Majib Khatib


bersambung.....Bhg. 2

Saturday, June 24, 2023

Melawat Taman Mini Malaysia

Selepas saya melawat muzium kesultanan Melaka, keesokannya, pada 4 Jun 2023 saya dan keluarga melawat taman mini malaysia yang terletak di Ayer Keroh, Biasanya sempena pengakhiran percutian sekolah dan disambung hari cuti am pada Isnin atas Keputeraan Yang Di Pertuan Agung, ramai pengunjung yang datang untuk melihat taman mini tersebut. 

Harga bayaran untuk memasuki taman berkenaan, dewasa dikenakan sebanyak RM51.00, kanak-kanak dan warga emas dikenakan bayaran RM39.00. Bayaran masuk agak mahal untuk melihat rumah-rumah yang ada ditaman berkenaan. Rumah-rumah yang ada ditaman tersebut kebanyakkannya tidak dibuka, sebahagian sahaja yang dibuka antara rumah Kedah, rumah Melaka, rumah Negeri Sembilan, rumah Selangor. Kebanyakan rumah-rumah ini hiasan dalaman telah bertukar dan digantikan dengan persembahan lampu-lampu warna warni yang menghiasi dalaman nya.

Untuk itu kami rakamkan photo-photo yang sempat kami abadikan sebagai kenangan lawatan Taman Mini Malaysia.


dihadapan pintu masuk ke Taman Mini termasuk kaunter tiket


bergambar dihadapan sebuah rumah Melaka



Gambar dalam rumah Kedah dimana cahaya kuning memenuhi ruangan dalamannya ibarat negeri jelapang padi


Friday, June 23, 2023

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pada 30 April 2023

Pada 30 April 2023, kami mengadakan rumah terbuka bagi meraikan jamuan aidilfitri 1444 hijriah setelah  kerajaan menguatkuasa perintah kawalan pergerakan (PKP) selama 2 tahun iaitu tahun 2021 hingga 2022. 

Setelah PKP ditarik balik baru kita merasakan akan kebebasan. Oleh itu, kesempatan ini kebanyakan masyarakat mengadakan semula rumah terbuka bagai meraikan saudara mara, handai taulan dan rakan-rakan sekerja termasuk jiran tetangga. 

Berikut adalah rakaman photo jamuan hari berkernaan.







kehadiran member-member surau selepas isyak


Tuesday, June 20, 2023

Milik Siapakah Gadis ini?

Apabila mendengar  lagu "Milik Siapakah Gadis Ini" dendangan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad sehingga kini masih lagi terngiang-ngiang bagaikan menjelma satu impian alam nyata bahawa ciptaan Allah terlalu seni dan teramat cantik tidak terkecuali dari benda-benda yang hidup atau pun benda yang ada dialam maya.





Monday, June 19, 2023

Kenangan Bersama Ustaz Ramzi Ishak dan Ustaz Yusof

Surau Taman Chempaka Sari 2 semenjak tahun-tahun kebelakangan sebelum covid 19, aktif menjalankan dakwah dengan menjemput beberapa orang ustaz untuk menyampaikan ceramah bagi ilmu agama kepada jemaah surau berkenaan. Diantara ustaz yang pernah datang untuk berceramah keilmuan masing-masing ialah ustaz Yusof dan ustaz Ramzi, 

Semasa artikel ini ditulis, kedua-dua ustaz berkenaan telah kembali keRahmatullah, Ustaz Ramzi Ishak meninggal dunia disebabkan penyakit covid 19, Ustaz Yusof meninggal dunia disebabkan penyakit sarap. Ustaz Ramzi meninggal dunia, kita semua tidak dibenar melawat dan menziarahi kerana covid 19, dimana ketika itu covid tengah mengganas, kebanyakan terdapat kalangan masyarakat ketika itu yang meninggal dunia.

Dibawah ini adalah gambar ustaz Ramzi Ishak bersama saya dalam satu pos semasa saya menghadiri bersamanya dimajlis kenduri walimahtulurus anak perempuan Hj Arshad di Hotel Alia Klang.

Dibawah ini pula saya bergambar kenangan dengan Allahyarham Ustaz Yusof  bersama Hj Alias semasa saya melawat di rumahnya di Pulau Indah ketika beliau sakit.


ran

Sekian, Saya mendoakan semoga kedua-dua Allahyarham Ustaz Ramzi dan Ustaz Yusof ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin

Wednesday, June 07, 2023

Melancung Di Hujung Minggu Ke Melaka

Pada sabtu yang lepas, pada 3 June 2023 kami berempat beranak dari Klang mengambil  kesempatan berjalan-jalan ke Melaka dimana kebetulan kami balik kerumah sendiri di Taman Tg. Minyak Perdana, Melaka. Perancangan pertama kami ingin melihat muzium replika istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak didataran Pahlawan dan bersebelahan dengan Kota Melaka peninggalan Portugis dan bangunan perisytiharan Merdeka oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Walaupun saya kelahiran orang Melaka, saya tidak pernah pergi dan melihat muzium istana tersebut, walau pun saya kerap melalui disitu setiap kali saya ke Melaka, berjalan dilaluan berkenaan. Untuk memasuki dan melihat istana Melaka perlu membayar sebanyak RM 5 bagi warga emas dan kanak-kanak,  bagi dewasa pula dikenakan sebanyak RM 10.00. 


 
Hadapan pintu masuk istana


Salasilah keturunan kesultanan Melaka


Dalaman bahagian Istana


bergambar ditangga masuk istana