Surau Taman Chempaka Sari 2 semenjak tahun-tahun kebelakangan sebelum covid 19, aktif menjalankan dakwah dengan menjemput beberapa orang ustaz untuk menyampaikan ceramah bagi ilmu agama kepada jemaah surau berkenaan. Diantara ustaz yang pernah datang untuk berceramah keilmuan masing-masing ialah ustaz Yusof dan ustaz Ramzi,
Semasa artikel ini ditulis, kedua-dua ustaz berkenaan telah kembali keRahmatullah, Ustaz Ramzi Ishak meninggal dunia disebabkan penyakit covid 19, Ustaz Yusof meninggal dunia disebabkan penyakit sarap. Ustaz Ramzi meninggal dunia, kita semua tidak dibenar melawat dan menziarahi kerana covid 19, dimana ketika itu covid tengah mengganas, kebanyakan terdapat kalangan masyarakat ketika itu yang meninggal dunia.
Dibawah ini adalah gambar ustaz Ramzi Ishak bersama saya dalam satu pos semasa saya menghadiri bersamanya dimajlis kenduri walimahtulurus anak perempuan Hj Arshad di Hotel Alia Klang.
Dibawah ini pula saya bergambar kenangan dengan Allahyarham Ustaz Yusof bersama Hj Alias semasa saya melawat di rumahnya di Pulau Indah ketika beliau sakit.
No comments:
Post a Comment