Tuesday, July 18, 2023

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1445 Hijrah

                                  

Pada hari ini 19 Julai 2023, seluruh umat Islam menyambut ketibaan Tahun Baru Islam 1445 Hijrah atau ia juga dikenali sebagai Maal Hijrah.

Sebelum ketibaan awal muharram, sebelum maghrib umat Islam membaca doa akhir tahun hijrah dan selepas azan mahgrib awal menyambut Muharram, umat Islam membaca doa awal tahun hijrah. 

Dengan kedatangan Awal Muharram, maka bertambah episod kita untuk meningkatkan amalan kita dan azam sempena tahun baru Islam. 

Selamat Menyambut Maal Hijrah tahun 1445 Hijrah.

Tuesday, July 04, 2023

Kedatangan Hj Honan Sekeluarga dari Kuala Kangsar

 


Pada 12 Mac 2023  Hj Honan dan isterinya Hjh Saikah dari Kuala Kangsar serta keluarga datang  kerumah kami  untuk mengeratkan silaturahim. Sebenarnya perkenalan kami secara tidak sengaja diwarung minuman ketika kami berlibur di Kuala Kangsar atas perancangan anak kami Anis yang ingin berjalan ke Utara tanah air termasuk melawat di Zoo Taiping.

Dalam perjalanan ke Klang kami sempat singgah di Rumah beliau di Jalan Ketiau menghala ke Manong dan beramah mesra denganNya.  Insya'Allah dilain masa kita berjumpa lagi jika ada kesempatan. Gambar diatas adalah keluarga Hj Honan datang kerumah saya.

Monday, July 03, 2023

Aktiviti Selepas Bersara Bhg. 2

Sehingga kini tahun 2023, aku telah bersara hampir 18 tahun. sepanjang tempoh tersebut banyak aktiviti yang aku lakukan, diantaranya aku banyak membaca buku-buku agama untuk mengisi masa lapang ku, dan juga aku banyak mengulangkaji dan  menyelidik  setiap kali aku mengikuti kuliah agama dan menulis artikel agama untuk aku bukukan sebagai tanda untuk mengulangkaji ilmu-ilmu yang aku pelajari. Ilmu yang aku pelajari iaitu tiga rukun utama yang wajib, sebagai orang muslim wajib mengetahui dan mempelajari iaitu Rukun Islam, Iman dan Ihsan.

Antara buku yang telah siap ditulis dan dicetak adalah seperti berikut:

1. How To Be A Muslim.     2. Hikmah & Rahsia Solat, 

3. Mengenali Allah Melalui Sifat 20    4. Risalah Ilmu 2

5. Mengenali Tasawuf.   6. Koleksi Catatan Ilmu Tauhid

7. Himpunan Risalah-Risalah Ilmu  8. Mengenal Sifat-Sifat Allah (Sifat 20)

9. Al Ihsan





Inilah diantara buku-buku yang telah aku cetak untuk mengisi dalam ruang senarai khutub khanah ku.