Monday, July 03, 2023

Aktiviti Selepas Bersara Bhg. 2

Sehingga kini tahun 2023, aku telah bersara hampir 18 tahun. sepanjang tempoh tersebut banyak aktiviti yang aku lakukan, diantaranya aku banyak membaca buku-buku agama untuk mengisi masa lapang ku, dan juga aku banyak mengulangkaji dan  menyelidik  setiap kali aku mengikuti kuliah agama dan menulis artikel agama untuk aku bukukan sebagai tanda untuk mengulangkaji ilmu-ilmu yang aku pelajari. Ilmu yang aku pelajari iaitu tiga rukun utama yang wajib, sebagai orang muslim wajib mengetahui dan mempelajari iaitu Rukun Islam, Iman dan Ihsan.

Antara buku yang telah siap ditulis dan dicetak adalah seperti berikut:

1. How To Be A Muslim.     2. Hikmah & Rahsia Solat, 

3. Mengenali Allah Melalui Sifat 20    4. Risalah Ilmu 2

5. Mengenali Tasawuf.   6. Koleksi Catatan Ilmu Tauhid

7. Himpunan Risalah-Risalah Ilmu  8. Mengenal Sifat-Sifat Allah (Sifat 20)

9. Al Ihsan





Inilah diantara buku-buku yang telah aku cetak untuk mengisi dalam ruang senarai khutub khanah ku.



No comments: