Pendidikan amat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan kerana dengan pendidikan tersebut segala cita-cita akan tercapai. Saya dan isteri saya Normah akan memastikan lima orang anak kami iaitu dua lelaki dan tiga perempuan memperolehi Diploma, Ijazah dan Master. Kalau boleh kami berkehendakan mereka terus belajar sehingga di peringkat PhD.
Berikut adalah anak kami yang pertama Khairil Anuar mempunyai sijil Diploma di UiTM dan Ijazah di Open University (OUM), kini berjawatan Eksekutif Tadbir di Yayasan TNB di Bangi, Bahagian Pengambilan Pelajar di UNITEN Bangi.
Khairil terima ijazah dari OUM (Universiti Terbuka Malaysia)
Khairil ketika memperolehi Diploma di UiTM
Anak kami kedua Nazatul Shima berkelulusan Ijazah dan Diploma di UiTM, berjawatan Senior Associate di jabatan APAC di Kuala Lumpur
Shima ketika memperolehi Ijazah di UiTM
Shima ketika memperolehi Diploma di UiTM
Anak kami yang ketiga Nur Hanisah berkelulusan Master di UiTM dan Ijazah di USM Pulau Pinang, berjawatan sebagai Manager di CITI Group di Kuala Lumpur
Anis memperolehi Master di UiTM, Shah Alam
Anis ketika mendapat Ijazah di USM Pulau Pinang
Anak kami yang keempat Nur Faezzah berjawatan sebagai Eksekutif Kewangan (Akauntan) di Stesen Janaelektrik Kapar, Selangor
Ezzah memperolehi Master dalam Akaun di UiTM
Ezzah mendapat Ijazah dalam Akaun di UiTM
Anak yang akhir bernama Noor Izzuddin berkelulusan Diploma Pengurusan Koperasi dan Ijazah Pentadbiran Awam di UNISEL Selangor, berkerja di syarikat swasta di DIY di Berkeley Klang.
Iddin memperoelehi Ijazah Pentadbiran Awam di UNISEL
Iddin memperolehi Diploma Pengurusan Koperasi MKM
Begitulah kelulusan dan pencapaian anak-anak kami di bidang pelajaran, dan pekerjaan. Oleh itu, kejayaan anak-anak adalah kejayaan kita bersama.
Alhamdullah. Sekian