Sempena pada hari kebangsaan lalu iaitu tarikh 31 Ogos 2023, hari khamis, kami sekeluarga 4 beranak telah merancnag untuk berlibur di Langkawi, memandangkan kami telah lama tidak ke Langkawi kerana "Lockdown" oleh kerajaan selama 2 tahun, jadi pada hari dan tarikh tersebut diatas kami pun berangkat dengan tren ETS hingga ke Arau, Perlis, dan ke Kuala Perlis unuk menaiki Ferri kepaulauan berkenaan, sesampai sahaja di kuala Perlis jam 5.15 pm malangnya tiket ke Langkawi telah habis dijual. Kami tidak dapat pergi untuk ke pulau berkenaan, walaubagaimana pun begitu kami tetap juga ingin pergi pada hari yang sama. Dengan menaiki speed boat nelayan dengan bayaran satu orang dengan harga RM110, kami pun berangkat menuju ke Langkawi memakan masa 45 minit sampai di Jetti LKIM.
ke telaga tujuh
Alhamdulillah kami sampai di Langkawi jam 6.45 petang dan kami menaiki grap menuju ke Hotel HIG dimana tempahan hotel telah dibuat, kami menginap dibilik 411 dan berhadapan bilik 401 dimana anak ku berdua menginap.
Tiga hari berada di Langkawi, kami menyewa kereta Axia dengan bayaran sebanyak RM200 untuk 2 hari. Tempat-tempat dimana kami buat lawatan antaranya Pantai Cenang, Padang Matsirat, makan Laksa ikan sekoq dipinggiranaiport, Telaga Tujuh, air terjun, ke kedai Nusantara minyak gamat dan mengelillilng Pulau pada hari ketiga, kerana pada hari keempat pagi, kami akan berangkat balik ke Kuala Perlis untuk balik ke Kuala Lumpur dengan Keretapi ETS jam 4.08 pm.
No comments:
Post a Comment