Pada mulanya kami tidak merancang untuk berlibur dimana-mana kerana kami baru sahaja balik dari perjalanan ke Selatan Thai. Tiba-tiba isteriku merancang untuk meraikan sempena hari kelahiran ku yang ke 74 tahun pada 16 Ogos 2023 yang lalu dan mengajak ku berlibur di Sabah yang mana pemergian kesana ditaja olehnya. Secara kebetulan ada pakej pelancungan Jendela Asia ada membuat pakej melancung ke Sabah pada tarikh tersebut iaitu 16 Ogos hingga 19 Ogos 2023, kebetulan tarikh melancung jatuh pada hari lahir saya, jadi kami tempah pada tarikh berkenaan.
Hari pertama: KK - Kundasang
Hari kedua : Kundasang - KK
Hari Ketiga: Pulau Manukan
Hari Keempat: KK - KL
Jeti Pulau Manukan dalam siri melancung di Pulau Pelancungan
Pada tarikh berkenaan 16 Ogos 2023, jam 11.30 pagi kami berdua pun terbang ke Sabah dengan kumpulan seramai 7 orang yang mana tour leader cik Idayu bersama dengan ibunya berserta dengan dua orang anaknya dengan penerbangan 'Batik Air'. penerbangan memakan masa selama 2 jam 30 minit.
No comments:
Post a Comment