Bagi mengisi masa lapang, kami tiga beranak, isteriku Normah dan anak ku Anis merancang untuk berlibur ke Thailand pada 28 - 31 Julai 2023 yang lalu dengan menaiki bas pelancung Percutian Caravanserai Holiday. Perjalanan dari KL bergerak pada jam 9 malam, memakan masa untuk sampai ke sempadan Malaysia/Thai selama 8 jam perjalanan. Sebelum meneruskan perjalanan, bas singgah di Masjid Padang Besar untuk bersolat subuh, selesai solat bas bergerak dan singgah di Wang Kelian untuk berswaphoto.
Pada hari pertama, dari sempadan Thailand terus ke Tamalang makan tengah hari di atas boat dan dari situ berziarah ke Pusat Tahfiz dan menjadi jurucakap untuk menyampaikan sumbangan dari kumpulan kami kepada Mudir Tahfiz.
bergambar dengan Mudir Pusat Tahfiz selepas penyampaian sumbangan
anak-anak pusat Tahfiz menyambut kedatangan kami dengan selawat Nabi saw
di pantai Shamila Patung Ikan Duyung
Pada 31 Julai, bas berangkat balik ke Malaysia. Pada keseluruhan perjalanan ke 4 tempat di Thailand, sungguh menghiburkan dengan pemandangan yang indah sepanjang perjalanan ke Satun, Songkhla, Hatyai dan Danok.
Rombongan terdiri dari Normah dan Anis
Insya'Allah jika ada kelapangan, kami akan datang lagi ke tempat-tempat ini dimasa-masa akan datang.
Terima kasih pada Ila pemandu pelancung yang ramah mesra sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Malaysia ke Thailand.
No comments:
Post a Comment