Sejak ditubuhkan pada bulan Jun 2008, sudah 6 bulan koperasi beroperasi ini bermakna koperasi telah melepasi tahap pertama separuh masa dan kini koperasi memasuki pula tahap ke separuh masa kedua. Tahap ini, adalah tahap dimana segala perancangan yang telah diatur dan disusun akan dilaksanakan sebelum ALK di audit didalam mesyuarat agung nanti.
Didalam mesyuarat ALK yang telah diadakan pada 28 Februari yang lalu, ALK telah membangkitkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pertama mencari dan menyediakan tempat ruang pejabat koperasi, tanpa ada ruang pejabat adalah sukar koperasi untuk mengadakan segala aktiviti koperasi seperti mengadakan mesyuarat dan perbincangan serta menguruskan urusan pentadbiran. Kedua mendaftar koperasi dibawah kementerian kewangan melalui kebenaran SKM untuk mendapatkan projek melalui tender terbuka. Ketiga semua ALK dikehendaki berperanan untuk memajukan dan menggerakan koperasi secara kolektif. Tanpa kerjasama dikalangan ALK, koperasi tidak akan memperolehi kejayaan sebagaimana yang diharapkan oleh anggota koperasi.
No comments:
Post a Comment