Kawan, rakan dan sahabat adalah satu kehendak fitrah manusia semula jadi. Kerana dengannya kita akan dapat berkongsi idea, berkongsi pandangan, berkongsi pendapat dan lain-lain. Semasa kita masih bekerja, kita mempunyai ramai kawan, rakan dan sahabat (tidak termasuk handai taulan) dan kita tidak merasa bosan dan jemu atau kesunyian kerana kita ada KAWAN, RAKAN DAN SAHABAT di sekeliling kita, mereka diumpamakan sebagai penghibur.
Apabila kita pencen dalam erti kata lain kita di'bersara'kan dari perkhidmatan kerana telah mencapai umur persaraan, maka segala apa yang selama ini kita lakukan seperti bangun pagi, datang ke pejabat, jumpa kawan, buat kerja, sembang-sembang, dan lain-lain, semuanya itu telah tiada lagi kerana aktiviti tersebut telah terhenti bersama di atas persaraan kita. Kita tidak ada kawan, rakan dan sahabat lagi, melainkan isteri kita sahaja yang menjadi rakan, sahabat yang paling setia, begitulah nasib orang pencen atau pesara.
Untuk menghilangkan diri dari rasa bosan dan jemu tanpa kawan, kita tubuhkan koperasi supaya dengan tertubuhnya koperasi maka kita dapat berkumpul dan menyatukan rakan yang sama dalam perkhidmatan dulu dapat disatukan. Penyatuan ini berbeza dari semasa dalam pekerjaan, kerana dalam pekerjaan kita sama-sama muda, jiwa, perasaan, kehendak semuanya muda, tetapi sekarang perasaan dan jiwa itu semua telah berubah dan bertukar mengikut kehendak usia. Kita tidak lagi ligat ke sana kemari tetapi kita sekarang ligat ke mesjid, surau atau musallah untuk melakukan amalan untuk memenuhi dan melalui serta meniti usia-usia di penghujungan.
Koperasi yang kita tubuhkan adalah bermatlamatkan untuk membantu bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh anggota-anggota pesara, kerana anggota yang bersara ini sedikit sebanyak akan berlaku satu kejutan terhadap dirinya.
bersambung........
No comments:
Post a Comment