Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya AidilAdha

Pada 10 Zulhijah setiap tahun dalam takwim Islam, umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Hari tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Sempena ketibaan Hari Raya Aidil Adha pada 27 Disember 2009 bersamaan hari Jumaat, saya bagi pihak pengerusi ALK Koperasi PPK TNB mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua anggota koperasi yang berugama Islam dan pada rakan-rakan yang menunaikan haji di Mekah semoga mereka beroleh haji yang mabrur. Insya 'Allah.

Friday, November 20, 2009

Koperasi Mencari Tapak Pusat Latihan

Pada 20 November 2009, Sdra Mohamad Maon pengerusi koperasi bersama Encik Kamarulzaman Ahmad telah membuat lawatan ke Jabatan Hutan Daerah Raub dan mengadakan perbincangan dengan Encik Zulfakar (Pegawai Hutan Daerah) untuk mendapat tapak atau pusat peranginan yang boleh dijadikan pusat latihan bagi mengendalikan latihan teori mahupun fizikal. Dalam perbincangan tersebut turut disertai oleh wakil koperasi di daerah Raub Encik Mohamad Othman yang mengurus dan mengaturkan temujanji dengan pegawai berkenaan.

Sebagaimana dalam pertemuan tersebut, koperasi difahamkan bahawa terdapat 4 buah pusat peranginan yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Daerah Raub tetapi tidak ada aktiviti yang dijalankan. Atas dasar tersebut dengan kerjasama Encik Mohamad Othman yang membantu untuk mendapat salah satu di antara pusat-pusat peranginan untuk dijadikan pusat latihan.

Pusat-pusat Peranginan tersebut adalah
1. Hutan Lipur Lata Jarum bertempat di Ulu Dong
2. Hutan Lipur Lata Berembun bertempat di Ulu Dong
3. Hutan Lipur Lata Lembik bertempat Kg. Ulu Sungai, Sg Koyan
Semua aktiviti pusat peranginan berpusat di Lata Jarum yang mempunyai prasarana. Koperasi akan memajukan kertas kerja kepada Pegawai Hutan berkenaan dalam masa yang terdekat untuk menjadikan pusat tersebut yang beraktiviti latihan dan 'jungle tracking'
Alamat:
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highland
Jalan Cheroh
27600 Raub, Pahang (UP: Encik Zulfakar)



Wednesday, November 18, 2009

Penambahan Anggota Koperasi

Sebagaimana yang telah diberitahu pada mesyuarat ALK baru-baru ini, ada ALK yang menerima maklum balas dari anggota pekerja mahupun pesara bahawa koperasi ini kurang membuat dan mengadakan penerangan mengenai koperasi dan aktivitinya. Mereka tidak mengetahui bidang dan fungsi koperasi ini ditubuhkan. Sdra. Pengerusi menjelaskan, memang buat ketika ini koperasi tidak membuat kempen atau pun 'road show' untuk pengambilan anggota baru. Tambahan pula, sepanjang setahun koperasi ditubuhkan, belum pun ada satu projek yang dijalankan. Mungkin belum ada rezeki lagi.

Bagi mencapai maksud berkenaan, ALK mencadangkan bahawa koperasi menyediakan satu maklumat berbentuk 'flier' dapat diedarkan dibeberapa penempatan dimana terdapat anggota JPKR bertugas. Dengan cara ini, mereka akan dapat mengetahui segala aktiviti dan perkembangan koperasi.

Penambahan anggota koperasi akan dilaksanakan selepas mesyuarat agung dengan membuat lawatan ke tempat-tempat anggota bertugas dan dimana sahaja terdapat pesara-pesara berada. Insya'Allah

Mesyuarat Pasca Organisasi

Pada 18 November 2009, ALK mengadakan mesyuarat ke 14, bertempat di Kelab Kilat TNB Kuala Lumpur. Didalam mesyuarat tersebut, ALK telah memutuskan bahawa koperasi akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 20 Disember 2009 di Hotel City Villa Kuala Lumpur. Mesyuarat Agung Tahunan ini adalah pertama kali diadakan selepas diadakan mesyuarat penubuhannya tahun lepas. Agenda mesyuarat yang dibincangkan di Mesyuarat Agung Tahunan dan telah diluluskan di mesyuarat ALK adalah:

1. Meminda kepada Undang-undang Kecil (UUK), dimana semua perkataan 'Mesyuarat Agung Perwakilan' di ganti dengan nama Mesyuarat Agung Tahunan, ini memandangkan koperasi hanya beroperasi di sekitar Lembah Klang (Wilayah Persekutuan dan Selangor) dan tidak mempunyai anggota di tempat-tempat lain kecuali hanya beberapa anggota yang berada di luar Lembah Klang.

2. Pindaan juga dibuat kepada nama koperasi yang sedia ada iaitu Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB kepada nama yang lebih kormersial. Nama ini akan diumumkan didalam mesyuarat pada 9 Disember 2009.

3. Beberapa usul dan resolusi akan turut sama dibentangkan

4. Menghantar semua surat kepada anggota koperasi memberitahu mesyuarat agong akan diadakan termasuk minit Mesyuarat Agung Tahunan.

Untuk makluman, Mesyuarat Agung Tahunan ini yang dijadualkan pada bulan Oktober yang lalu tidak dapat diadakan kerana umat Islam masih meraikan suasana Hari Raya Aidilfitri dan ditangguhkan pada bulan November. Bulan November juga tidak dapat diadakan setelah wakil koperasi mengadakan perjumpaan dengan Encik Hamni SKM dengan mengatakan bahawa didalam klausa UUK koperasi menyatakan 'mesyuarat agung perwakilan' dan menasihatkan supaya koperasi menghantar surat kepada SKM memohon pengecualian daripada mengadakan mesyuarat berkenaan ditukar kepada mesyuarat agung tahunan. Dengan makluman ini, adalah diharapkan semua anggota koperasi dan juga ALK serta JAD memahami situasi berkenaan. Insya'Allah, kita akan mengadakan mesyuarat di atas pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.

Untuk itu juga, ALK akan mengadakan satu lagi mesyuarat akhir bagi penggal 2008/09 pada 9 Disember 2009. Tempat mesyuarat akan diberitahu kemudian. Adalah diminta semua ALK hadir didalam mesyuarat tersebut.