Friday, November 20, 2009

Koperasi Mencari Tapak Pusat Latihan

Pada 20 November 2009, Sdra Mohamad Maon pengerusi koperasi bersama Encik Kamarulzaman Ahmad telah membuat lawatan ke Jabatan Hutan Daerah Raub dan mengadakan perbincangan dengan Encik Zulfakar (Pegawai Hutan Daerah) untuk mendapat tapak atau pusat peranginan yang boleh dijadikan pusat latihan bagi mengendalikan latihan teori mahupun fizikal. Dalam perbincangan tersebut turut disertai oleh wakil koperasi di daerah Raub Encik Mohamad Othman yang mengurus dan mengaturkan temujanji dengan pegawai berkenaan.

Sebagaimana dalam pertemuan tersebut, koperasi difahamkan bahawa terdapat 4 buah pusat peranginan yang dibangunkan oleh Jabatan Hutan Daerah Raub tetapi tidak ada aktiviti yang dijalankan. Atas dasar tersebut dengan kerjasama Encik Mohamad Othman yang membantu untuk mendapat salah satu di antara pusat-pusat peranginan untuk dijadikan pusat latihan.

Pusat-pusat Peranginan tersebut adalah
1. Hutan Lipur Lata Jarum bertempat di Ulu Dong
2. Hutan Lipur Lata Berembun bertempat di Ulu Dong
3. Hutan Lipur Lata Lembik bertempat Kg. Ulu Sungai, Sg Koyan
Semua aktiviti pusat peranginan berpusat di Lata Jarum yang mempunyai prasarana. Koperasi akan memajukan kertas kerja kepada Pegawai Hutan berkenaan dalam masa yang terdekat untuk menjadikan pusat tersebut yang beraktiviti latihan dan 'jungle tracking'
Alamat:
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highland
Jalan Cheroh
27600 Raub, Pahang (UP: Encik Zulfakar)



No comments: