Pada 18 November 2009, ALK mengadakan mesyuarat ke 14, bertempat di Kelab Kilat TNB Kuala Lumpur. Didalam mesyuarat tersebut, ALK telah memutuskan bahawa koperasi akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 20 Disember 2009 di Hotel City Villa Kuala Lumpur. Mesyuarat Agung Tahunan ini adalah pertama kali diadakan selepas diadakan mesyuarat penubuhannya tahun lepas. Agenda mesyuarat yang dibincangkan di Mesyuarat Agung Tahunan dan telah diluluskan di mesyuarat ALK adalah:
1. Meminda kepada Undang-undang Kecil (UUK), dimana semua perkataan 'Mesyuarat Agung Perwakilan' di ganti dengan nama Mesyuarat Agung Tahunan, ini memandangkan koperasi hanya beroperasi di sekitar Lembah Klang (Wilayah Persekutuan dan Selangor) dan tidak mempunyai anggota di tempat-tempat lain kecuali hanya beberapa anggota yang berada di luar Lembah Klang.
2. Pindaan juga dibuat kepada nama koperasi yang sedia ada iaitu Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB kepada nama yang lebih kormersial. Nama ini akan diumumkan didalam mesyuarat pada 9 Disember 2009.
3. Beberapa usul dan resolusi akan turut sama dibentangkan
4. Menghantar semua surat kepada anggota koperasi memberitahu mesyuarat agong akan diadakan termasuk minit Mesyuarat Agung Tahunan.
Untuk makluman, Mesyuarat Agung Tahunan ini yang dijadualkan pada bulan Oktober yang lalu tidak dapat diadakan kerana umat Islam masih meraikan suasana Hari Raya Aidilfitri dan ditangguhkan pada bulan November. Bulan November juga tidak dapat diadakan setelah wakil koperasi mengadakan perjumpaan dengan Encik Hamni SKM dengan mengatakan bahawa didalam klausa UUK koperasi menyatakan 'mesyuarat agung perwakilan' dan menasihatkan supaya koperasi menghantar surat kepada SKM memohon pengecualian daripada mengadakan mesyuarat berkenaan ditukar kepada mesyuarat agung tahunan. Dengan makluman ini, adalah diharapkan semua anggota koperasi dan juga ALK serta JAD memahami situasi berkenaan. Insya'Allah, kita akan mengadakan mesyuarat di atas pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan.
Untuk itu juga, ALK akan mengadakan satu lagi mesyuarat akhir bagi penggal 2008/09 pada 9 Disember 2009. Tempat mesyuarat akan diberitahu kemudian. Adalah diminta semua ALK hadir didalam mesyuarat tersebut.
No comments:
Post a Comment