Thursday, January 26, 2012

Melancung ke Jakarta/Bandung Indonesia


Didalam pesawat Garuda ketika hendak terbang

Pada 21-24 Januari 2012, saya bersama Normah isteri saya melancung ke Jakarta/Bandung melalui pakej pelancungan seramai 28 orang dengan menaiki flight Garuda. Pakej pelancung ini menawarkan lawatan tempat yang menarik selain daripada 'shopping' yang menjadi kegemaran para ibu yang berkunjung ke sana. Penerbangan dari KLIA memakan  masa 1.30 itu sampai di Airport Soekarno-Hatta Jakarta jam lebih kurang 8.30 pagi waktu Jakarta. Perbezaan masa di Malaysia dengan waktu Indonesia adalah lewat satu jam. Sebaik sampai di Jakarta kami terus dibawa ke Bandung dengan menaiki bas Pariwisata melalui highway. Agak menyedihkan sepanjang perjalanan mengalami kesesakan dimana perjalanan baru sejauh 50 km memakan masa hampir 4 jam sedangkan jarak dari Jakarta ke Bandung jauh 170 km. Oleh kerana cuti di Indonesia sama dengan Malaysia, maka kebanyakan warga Jakarta berkunjung ke Bandung, ini yang menyebabkan kesesakan sepanjang perjalanan ke Bandung. Di Jakarta menyambut tahun baru china yang dipanggil 'IMLEK' sama tarikh dengan Malaysia. Sambutan mereka satu hari sahaja pada 25 Januari tetapi di Malaysia disambut 2 hari iaitu 25 dan 26 Januari.

Gunung Tangkuban Perahu. Semasa kami berada disini, 
cuacanya sejuk dengam angin yang bertiup kuat 

Bersantai dihadapan 'Shopping Complex' Bandung 
dengan dihiburi oleh penyanyi jalanan

Kami menginap dua malam di Hotel Caryota Bandung. Kebiasaan di Jakarta ketika weekend (cuti hujung minggu dan disambung dengan perayaan Tahun Baru China) boleh dikatakan warga Jakarta semuanya liburan ke Bandung. Jadi ketika kami disana, Bandung disesakkan dengan kenderaan dan manusia yang terlalu ramai, sehinggakan pusat membeli-belah dipenuhi dengan manusia.


Hari ketiga kami berangkat ke Jakarta, di Jakarta kami melawat masjid yang dibina selama 17 tahun dan gambar di atas ini adalah rakaman kenangan kami di hadapan Masjid Istiqlal. Di Jakarta kami menginap di Hoter Alia Pasar Baru.
Bergambar di sebuah rumah Sumatera di antara 33 buah negeri di Taman Mini Indonesia sebelum berangkat pulang ke Malaysia dengan penerbangan Garuda pada jam 5 petang waktu Indonesia. Itulah sedikit kenangan dan oleh-oleh dari kami sempena trip ke Jakarta/Bandung Indonesia.

Thursday, January 12, 2012

Kenangan Bersama Warga Keselamatan TNB

Saya telah bersara dari perkhidmatan keselamatan LLN/TNB pada tahun 2005 dan kini hampir tujuh tahun saya telah meninggalkan alam pekerjaan, kini masih lagi terbayang dan ingatan kepada rakan dan sahabat yang satu ketika dulu sama-sama berkhidmat dalam satu pasukan, kini hanya tinggal kenangan. Antara kenangan yang mengimbau kembali, apabila PERUNIKA (Persatuan Unit Keselamatan),dimana saya adalah setiausaha agung, mengadakan mesyuarat atau seminar, semua KGN akan hadir disamping AJK Pusat dan juga ahli serta perwakilan. Berikut adalah gambar yang menunjukkan keadaan ahli dan KGN bersatu dalam PERUNIKA. 


Saya bersama Zubir berbual dengan Tan Sri Jalaluddin Pengurus Besar LLN ketika itu dan kelihatan dibelakang beberapa orang KGN antaranya Encik Haidil Mahmood (Allahyarham), Encik Abdullah Bidru, Encik Ahmad Nasir Idris, Encik Ainuddin Lote dan Encik T.M Balakrishnan (Mendiang), dibelakang Encik Haidil Encik Zakaria Alias (Allahyarham)


Tuan Ahmad Rusli Hj Ibrahim Ketua Pegawai Keselamatan bersama dengan Encik Haidil akan turut serta didalam setiap program yang di anjurkan oleh Perunika. 



Begitu juga dari kiri Encik Abd Razak Long (Bersara)KGN  sebelah Encik Razak , Encik Surip , Encik Halim Ishak KGN dan Encik Mohd Zain Mat Noh akan juga serta bersama-sama. Begitulah kukuhnya ukhwah pada ketika itu




Tuesday, January 03, 2012

Rokiah Wanda Lagu Bulan Di Tutup Awan

Banyak diantara lagu Rokiah Wanda, lagu Bulan Ditutup Awan paling menusuk kalbu saya, saya tidak tahu kenapa? mungkin ia banyak nostalgia yang menggamit perasaan masa lampau. Saya jadi jatuh cinta dengan lagu ini, iramanya yang mendayu, suaranya menjadi igauan, walaupun lagu ini telah berlalu begitu lama. kadang-kadang bila mendengar lagunya, saya jadi rindu dengan suaranya. Suaranya lembut dan manja kedengaran tanpa rasa jemu mendengarnya. Begitulah penyanyi lama yang menjadi pujaan saya, Rokiah Wanda. Wajahnya ayu dan cantik pada zamannya.

Monday, January 02, 2012

Sunday, January 01, 2012

Koperasi oh....Koperasi

Koperasi Pekerja & Pesara Keselamatan (KPPK) TNB telah memasuki tahun ke 4 penubuhannya. Malangnya sehingga ke hari ini masih belum lagi ada sebarang projek, dalam erti kata lain masih belum menjalani aktiviti seperti urusniaga yang membawa kepada pengisian dana KPPK, walaupun usaha kearah itu telah giat dijalankan oleh ALK. Setelah 3 tahun berlalu, segala yang dirancang bersama dengan ALK masih belum menjadi kenyataan. Kalau diimbas kembali, projek yang telah dikenalpasti yang membawa benefit kepada koperasi antaranya:

1. Projek menanam serai
2. Program latihan mandatori keselamatan
3. Gabungan usahasama syarikat kawalan keselamatan 
4. Hotel bajet
5. Permit teksi
6. Mendapatkan sijil dari kementerian kewangan

Semua projek di atas adalah perancangan jangka panjang tetapi tidak berjalan. Perancangan hanya tinggal perancangan. Kita tahu, semuanya tidak dapat dijalankan jika kita tidak mempunyai pejabat atau premis dan yang paling penting adalah sumber kewangan.

Jadi, untuk memastikan koperasi bergiat maju, koperasi mesti mengusahakan sebuah pejabat yang boleh mengaktivitikan operasi koperasi. Sebagai permulaan, didalam mesyuarat ALK selepas mesyuarat agung, En Mohd.Noor Zakaria berjanji akan mengusahakan sebuah pejabat koperasi akan menjadi realiti, beliau telah membeli pejabat ditingkat satu di Taman Bukit Jati dalam sedikit masa lagi. InsyaAllah.