Thursday, September 20, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan 2


bergambar bersama Pak Atan di jamuan hari raya pesara TNB

Semasa Jamuan Hari Raya Pesara TNB yang diadakan di Rumah Pesara, Jalan Ledang, Kuala Lumpur pada 11 September 2012, saya berkesempatan berjumpa dengan bekas anggota keselamatan iaitu Kpl Atan yang telah bersara selama 31 tahun. Beliau bersara pada tahun 1981 semasa didalam LLN. Jadi  beliau kini berusia 86 tahun. Beliau kelihatan sihat dan ceria semasa saya berjumpa dengannya. Beliau menjelaskan bahawa beliau telah lupa dengan saya. maklumlah beliau telah lama meninggalkan perkhidmatan.  Dalam perbualan tersebut, beliau menyatakan pada tahun ini beliau akan menunaikan fardhu haji ke tanah suci. Saya mendoakan beliau selamat berangkat ke tanah suci dan selamat kembali ke tanah air dengan memperolehi haji yang mabrur, Insya Allah. Amin

Monday, September 17, 2012

Menjejaki Pesara Keselamatan

Salam dan sejahtera kepada semua bekas anggota dan pesara keselamatan TNB. Sempena di bulan syawal 1433 Hijriah yang baru lalu, saya bersama sdra Mohd. Noor Zakaria (pesara keselamatan juga) berkesempatan mengunjungi bekas-bekas anggota dan pesara keselamatan untuk berziarah dan bertanya khabar. Ada di antara mereka yang saya kunjungi, ada yang sihat dan ada juga yang kurang sihat kerana faktor usia dan ada yang sakit akibat kemalangan jalanraya. 

Pertama saya kunjungi ke rumah bekas Kopral Basharuddin bin Abdullah di Seksyen 7 Shah Alam. Beliau yang kini berusia 66 tahun tapi masih sihat dan beristirihat sepenuhnya di rumah dengan isterinya.


Bergambar bersama sdr Mohd Noor di kiri dan sdra Basharuddin di kanan ketika kunjungan kami ke rumah beliau

Di hari yang lain dalam bulan syawal juga, saya bersama sdr Mohd Noor melawat ke rumah bekas Sarjan Mejar Hj Sufian bin Ibrahim di Seremban 3. Beliau kini yang berusia 63 tahun, baru sahaja sembuh dari sakit akibat kemalangan jalan raya. Disamping turut serta dalam kunjungan tersebut bekas Sarjan Kamarulzaman bin Ahmad yang menetap di Seremban. Beliau kini berusia 67 tahun dan sedikit uzur kerana masalah kesihatan, walaubagaimana pun kini beliau masih ,mendapat rawatan pakar di hospital. Ringkasnya, bekas-bekas pesara keselamatan yang saya kunjung dan temui semuanya sudah menjangkau ke usia 60 tahun ke atas.


Hj Sufian bersama isteri dan cucunya ketika kami membuat junjungi ke rumah beliau baru-baru ini  


Sdr Kamarulzaman Ahmad (kanan) bersama dengan Hj. Sufian, Kelihatan Hj. Sufian bertambah sihat dari segi fizikal akibat kemalangan yang dialaminya

Itulah tiga orang pesara keselamatan TNB yang sempat kami temui sempena di bulan Syawal. Insya'Allah kita akan temui pesara-pesara didalam berita akan datang. Untuk makluman, sdra Mohd. Noor Zakaria juga adalah pesara keselamatan TNB berpangkat Kopral, yang kini berusia 65 tahun dan saya sendiri ketika bertugas berpangkat Sarjan berusia 63 tahun. Di akhirnya, saya bermohon kepada Allah SWT semoga diberikan kesihatan kepada semua rakan-rakan saya yang semuanya pesara keselamaran TNB dilimpahi  rahmat dan hidayat yang berkekalan sehingga akhir hayat. Amin