bergambar bersama Pak Atan di jamuan hari raya pesara TNB
Semasa Jamuan Hari Raya Pesara TNB yang diadakan di Rumah Pesara, Jalan Ledang, Kuala Lumpur pada 11 September 2012, saya berkesempatan berjumpa dengan bekas anggota keselamatan iaitu Kpl Atan yang telah bersara selama 31 tahun. Beliau bersara pada tahun 1981 semasa didalam LLN. Jadi beliau kini berusia 86 tahun. Beliau kelihatan sihat dan ceria semasa saya berjumpa dengannya. Beliau menjelaskan bahawa beliau telah lupa dengan saya. maklumlah beliau telah lama meninggalkan perkhidmatan. Dalam perbualan tersebut, beliau menyatakan pada tahun ini beliau akan menunaikan fardhu haji ke tanah suci. Saya mendoakan beliau selamat berangkat ke tanah suci dan selamat kembali ke tanah air dengan memperolehi haji yang mabrur, Insya Allah. Amin
No comments:
Post a Comment