Salam dan sejahtera kepada semua bekas anggota dan pesara keselamatan TNB. Sempena di bulan syawal 1433 Hijriah yang baru lalu, saya bersama sdra Mohd. Noor Zakaria (pesara keselamatan juga) berkesempatan mengunjungi bekas-bekas anggota dan pesara keselamatan untuk berziarah dan bertanya khabar. Ada di antara mereka yang saya kunjungi, ada yang sihat dan ada juga yang kurang sihat kerana faktor usia dan ada yang sakit akibat kemalangan jalanraya.
Pertama saya kunjungi ke rumah bekas Kopral Basharuddin bin Abdullah di Seksyen 7 Shah Alam. Beliau yang kini berusia 66 tahun tapi masih sihat dan beristirihat sepenuhnya di rumah dengan isterinya.
Bergambar bersama sdr Mohd Noor di kiri dan sdra Basharuddin di kanan ketika kunjungan kami ke rumah beliau
Di hari yang lain dalam bulan syawal juga, saya bersama sdr Mohd Noor melawat ke rumah bekas Sarjan Mejar Hj Sufian bin Ibrahim di Seremban 3. Beliau kini yang berusia 63 tahun, baru sahaja sembuh dari sakit akibat kemalangan jalan raya. Disamping turut serta dalam kunjungan tersebut bekas Sarjan Kamarulzaman bin Ahmad yang menetap di Seremban. Beliau kini berusia 67 tahun dan sedikit uzur kerana masalah kesihatan, walaubagaimana pun kini beliau masih ,mendapat rawatan pakar di hospital. Ringkasnya, bekas-bekas pesara keselamatan yang saya kunjung dan temui semuanya sudah menjangkau ke usia 60 tahun ke atas.
Hj Sufian bersama isteri dan cucunya ketika kami membuat junjungi ke rumah beliau baru-baru ini
Sdr Kamarulzaman Ahmad (kanan) bersama dengan Hj. Sufian, Kelihatan Hj. Sufian bertambah sihat dari segi fizikal akibat kemalangan yang dialaminya
Itulah tiga orang pesara keselamatan TNB yang sempat kami temui sempena di bulan Syawal. Insya'Allah kita akan temui pesara-pesara didalam berita akan datang. Untuk makluman, sdra Mohd. Noor Zakaria juga adalah pesara keselamatan TNB berpangkat Kopral, yang kini berusia 65 tahun dan saya sendiri ketika bertugas berpangkat Sarjan berusia 63 tahun. Di akhirnya, saya bermohon kepada Allah SWT semoga diberikan kesihatan kepada semua rakan-rakan saya yang semuanya pesara keselamaran TNB dilimpahi rahmat dan hidayat yang berkekalan sehingga akhir hayat. Amin
No comments:
Post a Comment