Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tahun Baru 2015


Sempena menyambut tahun baru 2015, saya mengucapkan semoga era 2015 kita akan beroleh kejayaan dan kerahmatan dari Allah SWT dan tahun 2014 hanya tinggal kenangan dan menjadi sejarah untuk diingati dimasa-masa mendatang.



Saturday, December 20, 2014

Mesyuarat ALK KPPK TNB ke 2

1.  Pada hari ini iaitu 20 Disember 2014 jam 12 tengahari di pejabat koperasi telah diadakan mesyuarat ALK ke 2 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB (KPPK TNB) selepas mesyuarat pertama di Seremban pada 8 November 2014.  Mesyuarat ini diadakan adalah untuk tindakan ekoran mesyuarat yang lalu tetapi malangnya tiada sebarang perubahan. 

2.  Kehadiran pada mesyuarat kali ini adalah seperti biasa iaitu ALK yang paling setia dan paling kerap hadiri dalam setiap mesyuarat adalah:

1. Hamzah Redza (Seremban)
2. Kamarulzaman Ahmad (Seremban)
3. Mohamad Maon (Klang)
4. Normah Sarkawi (Klang)
5. Adanan Kasian (Batu Pahat, Johor)
6. Mohd. Noor Zakaria (Klang)
7. Johari Sharif (Seremban)

Yang tidak hadir atas pelbagai urusan adalah

1. Ibrahim Mohamaed (Ipoh, Perak)
2. Hussin Abd Rahman (Tapah Road, Tapah)
3. Ahmad Bakri Mohd. Zahir (Pasir Gudang, Johor)
4. Tan Baba (Cheras, KL)
5. N.R. John (Kuala Lumpur)

3.  Sesebuah koperasi yang ingin berdaya maju, pengerusinya mestilah mempunyai sikap pro aktif, dengan sikap demikian akan membantu ALK yang lain memainkan peranan. Tidak sebagaimana ketika saya menjadi pengerusi, dimana saya selain jadi pengerusi, saya juga bertindak sebagai setiausaha  dengan menyiapkan segala minit-minit mesyuarat dan menjalankan pentadbiran, begitu juga saya bertindak sebagai bendahari dengan menyediakan penyata kewangan dan lain lagi,  pendek kata saya menjalankan tugas dan peranan "one man show", kerana ALK yang diberi tugas dan peranan tidak berfungsi, 

4.  Dengan sebab itulah, jawatan dalam koperasi yang tidak mempunyai aktiviti, perlu penggiliran bagi jawatan penting dalan koperasi diganti dengan ALK yang lain, supaya peranan setiap ALK dapat merasakan bahawa untuk menghidupkan dan menggerakkan koperasi mengikut acuan kepimpinan yang baru. 

5.  Dengan harapan ini, semoga pengerusi yang ada akan membawa koperasi dengan hala tuju sesuai dengan kehendak UUK dan anggota koperasi khasnya.

Monday, November 24, 2014

Mesyuarat hanya tinggal mesyuarat..mana tindakannya?

1.   Mesyuarat koperasi KPPK TNB yang telah diadakan pada 8 November 2014 di Seremban sempena di hari perkahwinan anak Kamarulzaman Ahmad hanya tinggal kenangan. Kesempatan mesyuarat tersebut diadakan kerana terdapat kesemua ALK yang dipilih semula dalam meyuarat agung pada 25 Oktober 2014 turut hadir kecuali 3 orang ALK tidak dapat hadir. mereka ialah Hj. Ahmad Bakri bin Mohd Zahir, sdr Tan Baba dan sdr N.R John.

2.  Didalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh sdr Hamzah Redza telah menyakinkan semua ALK bahawa beliau akan cuba menggerakkan koperasi ini sekurang-kurang mempunyai satu bisnes sebagai pemulih semangat setelah 6 tahun ditubuhkan. HASRAT PENGERUSI ITU CUKUP BAIK DAN BERSEMANGAT. Kita berharap ia akan menjadi kenyataan dan realiti. Dalam mesyuarat itu juga telah diputuskan bahawa koperasi akan memohon untuk mendapatkan geran RM 30K dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai dana bagi menampong koperasi untuk menjalankan projek. Untuk memohon geran tersebut, pengerusi menyatakan bahawa beliau akan ke pejabat SKM untuk memajukan borang pinjaman tersebut tetapi sehingga artikel ini ditulis (24 November 2014) pengerusi belum lagi mengambil sebarang tindakan untuk pergi ke Pejabat SKM Wilayah.

3.  Apa yang dibimbangkan oleh ALK akan terjadi sama keadaannya semasa kita bersama didalam Perunika. Mesyuarat tetap mesyuarat dan lepas mesyuarat semua AJK/ALK balik dan hanya tinggal mesyuarat sahaja dan yang membuat tugas hanya seorang sahaja iaitu setiausaha, itu pun kalau setiausaha yang aktif kalau tidak tunggu mesyuarat akan datang baru dibangkitkan lagi isu tersebut kerana isu berkenaan belum diambil tindakan. Begitulah kisah seterusnya. 

4.  Sekarang ini menjadi kegusaran ALK, kerana tiada seorang yang sanggup untuk menyandang jawatan Setiausaha. Kita sedia maklum jawatan tersebut memerlukan banyak komitmen kerja selain dari tugas-tugas pentadbiran. Begitu juga dengan jawatan bendahari. Cadangan telah dibuat supaya anak sdr Mohd Noor iaitu Khairul Idlan dapat menjalan tugas Setiausaha, tetapi beliau tidak dibenarkan oleh ayah beliau kerana 'burden' yang ditanggung dalam syarikat beliau. Entahlah...... mungkin mesyuarat akan datang, akan dapat dan cari jalan penyelesaian. Insya Allah.

Wednesday, November 19, 2014

Mengimbau Kembali Kenangan Masa Lalu Bhg. 3 (akhir)

14. Setelah melalui beberapa fasa dalam mengharungi kehidupan, kini aku berasa aman dan tenteram menempoh alam persaraan, diwaktu lapang aku mengikuti pengajian ustaz Ariffin yang telah aku ikuti sejak tahun 2000 lagi. kini sudah hampir 14 tahun aku belajar ilmu tauhid dan tasawuf dari ustaz Ariffin Haron. Banyak bab dan ilmu yang aku perolehi darinya. Walaupun seberapa banyak ilmu yang kita tuntut, ilmu itu hanya sedikit sahaja yang diperolehi. Ibarat jari kita di celup didalam lautan dan diangkat, hanya sedikit saja air yang berada dijari kita, begitulah ibarat dan kiasan dalam mempelajari dan menuntut Ilmu Allah.

15. Pada tahun 2008, aku membuat ibadah umrah di tanah suci Mekah/Madinah bersama isteri ku Normah berserta dengan Ustaz Arifin dan isterinya Puan Aidah.

Ketika lawatan di sekitar Mekah

Mekah, Arab Saudi

16. Bagi mengisi masa-masa lapang, aku dan  Normah, melancong ke beberapa tempat untuk melihat negara orang, seperti Indonesia iaitu Padang/Bukit Tinggi, Medan, Jakarta/Bandung dan Pulau Bali. Selain dari itu, aku juga pergi melancong ke Turki sebuah negara Islam yang mempunyai pertembuingan dua budaya iaitu Barat dan Timur. Ke Korea, Perth, Australia, Vietnam, Singapura, Abu Dhabi/Doha UAE (United Arab Emirate), Hongkong/Shenzen/Guangzhou dan melancong ke Central Europe yang meliputi dari London, France, Switzerland, Germany, Holland dan Belgium. rakaman gambar tempat-tempat yang pernah aku lawati adalah seperti berikut:


Koza Han, Turki

Dataran Mustafa Kamal Ataturk, Turki
Tangkuban Perahu, Bandung Indonesia

Korea

Nami Island, Korea

 Menikmati Lobster, Perth, Australia

Ho Chi Minh, Vietnam

 Terowong Vietcong

Kota London

Eiffel Tower, Paris France

Eiffle Tower 2nd Level at night

Mount Titlis, Switzerland

Mount Titlis

Rhinefall, Germany

Keukenhof, Holland

Taman Bunga, Keukenhof  Holland

  Atomium, Brussel Belgium

Switzerland

Abu Dhabi, UAE


Hongkong/Shenzen/Guangzhou

Victoria Peak, Hongkong

Shopping di Peak Market HK

Bali, Indonesia

Pantai Pandawa Kutuh, Bali

Saturday, November 08, 2014

Menghadiri Kenduri Kahwin dan Mesyuarat ALK pertama di Seremban

Pada 8 November 2014 kami menghadiri walimatulurus anak Kamarulzaman Ahmad  di Dewan Islamiah Paroi Seremban. Saya bersama isteri saya.agak terlewat tiba, setibanya dalam majlis tersebut saya disambut oleh bapa pengantin sdr kamarulzaman serta penyambut tetamu yang lain. 


Bergambar bersama tuan rumah sdr Kamarulzaman yang berdiri dibelakang


merakam kenangan bersama pengantin anak lelaki sdr Kamrulzaman dan isterinya

Selepas menikmati makan nasi beriani, kesempatan kami mengadakan mesyuarat ALK pertama sebagai yang dirancang di ruang pejabat bersebelahan dewan majlis. ALK yang hadir dalam majlis kenduri tersebut adalah, sdr Hamzah Redza, sdr Kamarulzaman Ahmad, sdr Mohd, Noor Zakarfia, sdr Mohamad Maon. puan Normah Sarkawi. Hj. Adanan Kasian, sdr Johari sharif. Hj. Ibrahim Mohamed dan sdr Hussin Abdul Rahman. ALK yang tidak hadir iaitu Hj. Ahmad Bakri Mohd Zahir, sdr Tan Baba dan Sdr John A./L Nallappa Rettiar.


sdr Hamzah sebagai pengerusi telah mempengerusikan mesyuarat yang diadakan




                Sebahagian daripada ALK dalam mesyuarat yang diadakan

Wednesday, October 29, 2014

Pendidikan dan Latihan

Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB ditubuhkan adalah untuk menjaga kepentingan anggota-anggota keselamatan yang sudah bersara dan akan bersara dan yang masih lagi bekerja. Kalau dilihat dari profail koperasi, fungsi utamanya adalah 'perkhidmatan' yang antara lain adalah menyediakan 'pendidikan dan latihan keselamatan'. 

Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada bekas anggota keselamatan yang terlatih dibidang keselamatan korporat, maka dengan ilmu dan pengetahuan yang mereka miliki amat berguna kepada pengawal-pengawal yang baru menceburi bidang ini. Bidang ini memerlukan kepakaran dan kemahiran dalam pengurusan keselamatan (security management). Selain daripada itu, mereka juga merupakan tenaga pengajar/fasilitator untuk latihan keselamatan bagi pengawal yang baru masuk berkhidmat dan juga pengawal-pengawal keselamatan yang lama iaitu peringkat penyeliaan. Jawatakuasa ini juga menyediakan modul dan silibus latihan bagi setiap peringkat kursus keselamatan yang berkaitan.

Bahagian latihan dan pendidikan koperasi menyediakan beberapa program kursus yang antaranya adalah kursus:
  • Asas Pengawal Keselamatan
  • Pengawal Keselamatan Berkesan
  • Penyeliaan
  • Motovasi  
  • dsb

Selain menghadiri kursus, mereka dibekalkan dengan nota-nota kursus, sijil kehadiran dan motivasi diri untuk menjadikan mereka seorang pengawal keselamatan yang berwibawa.

Dua orang jawatankuasa ini adalah seperti berikut;

Name:                      Ahmad Rusli Ibrahim ( Haji )
Date of Birth:         25 Feb 1941 ( 73 yrs )
Marital Status:       Married
Address:                  370 kg Ketari,
                                  Bentong 28700, Pahang
Occupation:            Retired

Work Experience:
2008                       Consultant, Orbit Force Sdn Bhd
2001 – 2003           Consultant Globe Security Services Sdn Bhd
1999 – 2001           Manager ( Loss Prevention ) TNB – Recalled service
1974 – 1996           Senior Manager, Security Services LLN/TNB
1961 – 1974           Senior Police Officer, Bukit Aman
1960                       Temporary Teacher Jambu Rias, Bentong


Membership NGO:
1980 – 1996           Member American Society 4 Industrial Security
1975 – 1996           Member International Professional Security Assoc. ( UK )
                                 Member British Security Registration Board
                                 President Designate Asian Professional Security Assoc
                                President Malaysian Professional Security Assoc
                                Member of Thai Security Executive Assoc
                                Member Indonesian Security Association
                                Fellow of Indian Institute for Safety & Security Management
                                Certified Security Consultant, IISSM India


Conferences Attended:

                               APSA Thailand, Bangkok
                               ASIS  Florida, Orlando
                               APSA Australia, Perth
                              APSA Korea, Seoul
                              APSA Indonesia Jakarta
                              APSA India, New Delhi
                              APSA Philippines, Manila
                              Firex, UK Birmingham
                              Securex,  Singapore
                              

Nama: Mohamad bin Maon
Alamat : 30. Solok Sg. Keramat 8A, Taman Klang Utama, 42100 Klang Serlangor
Tarikh Lahir : 16 Ogos 1949
Usia:  65 tahun
Perkerjaan:  Pesara Keselamatan TNB

Pengalaman:
· Berkhidmat dalam perkhidmatan keselamatan selama 25 tahun
· Penyelia keselamatan dalam bahagian latihan selama 10 tahun
· Menyampaikan ceramah kepada peringkat pengawal dan penyelia dalam LDP
· Pernah berkhidmat dalam tentera dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
· Memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Unit Keselamatan selama 14 tahun

Kelulusan Akademik
·            Diploma Pengurusan Keselamatan (SITO) UK
·           MBA (St Clement’s Uni)
                             

Mesyuarat Agung Tahunan ke 6 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB


Pada 25 Oktober 2014 hari sabtu bersamaan Awal Muharram, Koperasi Pesara telah mengadakan mesyuarat agung tahunan ke 6 bertempat di Tingkat 2 Dewan Kasbah, Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut sepatut bermula jam 9.30 pagi telah ditangguh kepada 10.30 pagi kerana menunggu pegawai dari SKM yang dijangkakan hadir untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut telah tidak dapat hadir.

Bagi menyempurnakan mesyuarat tersebut koperasi telah mengundang Tuan Hj Ahmad Rusli Ibrahim, penasihat kepada koperasi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung.


dari kiri sdr Kamarulzaman Ahmad Setiuasaha, di tengah sdr Hamzah Redza Pengerusi dan  dikanan sekali Tuan Hj. Ahmad Rusli Ibrahim selaku penasihat Koperasi

sebahgaian anggota koperasi yangn hadir dalam MAT


Dalam pemilihan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) hanya seorang Sahaja ALK yang dipilih bagi menggantikan Tuan Hj Shahruddin Abdullah Sani iaitu Tuan Hj Ibrahim bin Mohamed (gambar di atas yang memakai songkok) ALK yang lain dikekalkan bagi sepenggal lagi. ALK penuh adalah seperti berikut:-

1. Tuan Hj. Ahmad Rusli bin Ibraim -Penasihat
2. Encik Hamzah bin Redza - Pengerusi
3. Encik Kamarulzaman bin Ahmad - Setiausaha
4. Tuan Hj. Ahmad Bakri bin Mohd. Zahir - Bendahari
5. Encik Mohd Noor bin Zakaria
6. Encik Mohamad bin Maon
7. Tuan Hj/ Adanan bin Kasian
8. Encik Tan Baba
9. Encik Johari bin Sharif
10. Puan Normah binti Sarkawi
11.Encik Hussin bin Abd Rahman
12 John A/l Nallappa Rettiar
13 Tuan Hj. Ibrahim bin Mohamed.

Bagi  pelancaran pentadbiran koperasi, ALK telah bersetuju melantik Sdr Mohd. Khairul Idlan bin Mohd. Noor membantu kepada setiausaha bagi urustadbir harian dan yang berkaitan penyediaan minit mesyuarat dan lain-lain urusan.

Dalam mesyuarat itu juga, anggota koperasi telah membangkitkan beberapa cadangan bagi memantapkan koperasi yang selama ini masih belum ada lagi projek urusniaga kerana ketiadaan dana. Walaubagaimanapun anggota koperasi menyerahkan atas kebijaksanaan ALK yang baru. Mesyuarat agung ditangguhkan pada jam 1 tengahari. 


Thursday, October 23, 2014

Semalam di Bali, Indonesia

Pada 16 Oktober 2014 saya melancong lagi bersama isteri saya Normah. Melancong kali ini adalah selama 4 hari berakhir pada 19 Oktober 2014 ditempat pelancongan terkenal iaitu di Pulai Bali, Indonesia. Pemergian kami dengan rombongan seramai 25 orang. Dengan menaiki pesawat tambang murah AirAsia pada jam 1050 pagi dari KLIA2 menuju Lapangan Terbang Denpasar memakan masa 3 jam penerbangan. Setibanya kami disini, kami disambut oleh 'tour guide' iaitu Pak Wawan. Maka dari Air port ini bermulalah kami melancong ke Bali.
             
 Sebahagian rombongan melawat tenun batik

Melihat persembahan tarian barong

 Lawatan proses kopi musang



di kimtami








dihadapan dataran mesjid agung

Monday, October 20, 2014

Alahai Koperasi

1.   Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan (KPPK) TNB telah beroperasi selama lebih kurang 6 tahun sejak diluluskan penubuhannya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 10 Jun 2008 sehingga kini tiada sebarang aktiviti yang membolehkan koperasi menjalankan bisnesnya dan ianya boleh dikatakan didalam katogeri koperasi tidak berdaya maju. Walaupun kekerapan mesyuarat ALK diadakan tetapi semuanya tidak mendatangkan hasil.

2.   Banyak idea dan cadangan yang telah dikemukakan didalam setiap mesyuarat oleh ahli ALK ditangguhkan kerana tidak boleh dilaksanakan, konon dikatakan tidak membawa kepada keuntungan. Macam mana nak bawa keuntungan kerana kita belum cuba lagi. Kalau begini cara dan pendekatan kita nak memasuki alam bisnes kita tidak akan berjaya kerana kita tidak berani menghadapi risiko. sementelah lagi koperasi tidak mempunyai dana yang boleh digunakan untuk memulakan projeknya. Bila cadangan dibuat untuk mengisi dana, setiap ALK diekehendaki menyumbang sebanyak RM 1K seorang, sehingga kini tak seorang pun yang menyumbang kepada dana tersebut. Jadi cadangan hanya tinggal cadangan sahaja. Dalam bisnes, risiko berjaya atau gagal adalah bergantung kepada bagaimana keupayaan kita menguruskan urusniaga.

3.   Idea dan cadangan dari ALK antara lain adalah seperti berikut:

  • Projek tanam serai
  • Kedai dobi
  • Permit teksi
  • Kedai 1 Malaysia
  • Memelihara ikan dalam sangkar
  • Kaloborasi dengan syarikat kawalan keselamatan 
  • dan lain-lain
4. Sebelum ini, koperasi dikatakan jika hendak memulakan aktiviti perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan,. Setelah daftar dan mendapat kelulusan, masih belum boleh berurusan lagi dan perlu pula mendaftar sebagai vendor TNB jika sesuatu projek yang kita uruskan dengan TNB . Setelah lama berlalu baru-baru ini mendapat kelulusan vendor bagi mendapat projek kecil-kecilan dengan syarikat TNB,  koperasi perlu melobi dengan beberapa pegawai TNB. Untuk itu beberapa perjumpaan dengan pihak atasan TNB telah dibuat. Insya' Allah projek ini akan bermula jika berjaya akan memulakan usahaniaga selepas mesyuarat agong bagi sesi 2014/15. Jadi ini adalah tanggungjawab bagi ALK sesi akan datang.

5.  Pada 25 Oktober 2014 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB (KPPK) akan mengadakan mesyuarat agong kali yang ke 6, Kita sedar setiap kali mesyuarat agung diadakan akan ada banyak halangan yang menyebabkan kehadiran akan merosot. Walaubagaimanapun, mesyuarat agung tetap diadakan adalah untuk memenuhi kehendak undang-undang kecil koperasi. Mesyuarat agung kali ini adalah ditaja sepenuhnya oleh ALK. Kita berharap semua anggota koperasi akan hadir didalam mesyuarat tersebut yang akan diadakan di Hotel Quality City Centre, Jalan Raja laut, Kuala Lumpur.

6.  Selamat bermesyuarat 

Tuesday, October 14, 2014

Apabila Allah Kiamatkan dunia ini






Saturday, September 06, 2014

Mesyuarat ALK ke 8

Hari ini, 6 September 2014 Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan (KPPK) TNB telah mengadakan mesyuarat ALK kali 8 di pejabat koperasi Taman Bukit Jati Klang. Mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada 16 Ogos yang lalu telah ditunda disebabkan ada dikalangan ALK mempunyai komitmen yang lain. Didalam mesyuarat tersebut telah membincangkan beberapa perkara termasuk halatuju koperasi yang menjurus kepada operasi koperasi dan juga menetapkan tarikh mesyuarat agung tahunan koperasi. Mesyuarat itu juga ALK telah mengambil satu pendekatan melalui biro-biro supaya setiap biro memainkan peranan masing-masing. 

Hamzah  Redza pengerusi disamping Kamarulzaman Ahmad Setiausaha

 Mohamad Maon mengetuai biro Pendidikan dan Latihan disamping Puan Normah dan Mohd. Noor
i
dan sebahagian dari ALK yang hadir

  Tan Baba ALK dengan Nagarajah sebagai pemerhati

Majlis telah menetapkan pada 13 September 2014 akan diadakan mesyuarat ALK bagi memutuskan tarikh mesyuarat agung samada di Quality Hotel KL atau di Kondo TNB Port Dickson.

Friday, August 22, 2014

Salam Takziah Kepada Warga Mangsa Tragedi MH 17



Hari ini, pada 22 Ogos 2014 bersamaan hari Jumaat, kerajaan telah mengisytiharkan 'Hari Berkabung' bagi mengingati mangsa korban MH 17 yang ditembak jatuh di Donetk Ukraine pada 17 Julai 2014 dalam bulan Ramadan. Ketibaan jenazah disambut dan diberi penghormatan di KLIA . Melihat jenazah yang diusung satu persatu oleh anggota tentera, hati saya menjadi sebak dan terharu tanpa disedari saya menitiskan air mata, apalagi sanak saudara dan sahabat handai merasakan kesedihan dan kedukaan yang amat sangat kepada orang yang disayangi dan dikasihi pergi meninggalkannya. Saya mendoakan kepada semua mangsa tragedi yang berugama Islam semoga rohnya ditempatkan bersama para shuhada..Insya Allah.

Monday, August 04, 2014

Terkenang Lagu Nostalgia

Hari ini hari selasa 5 Ogos 2014 bersamaan 9 Syawal 1435, setelah syawal berlalu selama 8 hari, hari ini aku mulakan dengan puasa enam di bulan syawal. Puasa enam jika kita laksanakan sepenuhnya, seolah kita berpuasa sepanjang tahun. Untuk memenuhi masa yang terluang, aku banyakan mengaji dan membaca sambil mendengar lagu-lagu berirama lama. Lagu yang paling menusuk hati adalah bisikan hati nyanyian Allahyarhamah Rafeah Buang.

Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435 H


Sempena ketibaan Syawal 1435 Hijriah bersamaan 28 Julai 2014 (Isnin) saya mengucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua pekerja dan pesara keselamatan TNB termasuk anggota koperasi dengan iringan maaf zahir dan batin.