Tuesday, August 18, 2015

Mesyuarat ALK ke 5 KPPK TNB

1.  Koperasi telah mengadakan mesyuarat ALK setelah hampir 3 bulan tidak dapat mengadakan mesyuarat daripada bulan Mei kerana disebabkan ALK mempunyai urusan persendirian dan begitu juga umat Islam menjalani ibadah pada bulan ramadhan dan seterusnya menyambut Idilfitri. Perancangan mesyuarat dapat diadakan pada 9 Ogos yang lalu.

2.  Mesyuarat yang diadakan  hanya memberi fokus kepada isu-isu aktiviti koperasi yang belum lagi dapat dilaksanakan dan juga persiapan untuk mengadakan mesyuarat agung bagi kali yang ke 7. Namum begitu ada dikalangan ALK yang begitu kuat semangat untuk menjayakan visi dan misi koperasi agar beroleh kejayaan walaupun koperasi tidak mempunyai kewangan untuk memulakan projeknya..

3.  Sejak ditubuhkan sehingga masuk ke tahun ke 7, sebenarnya bukan ALK koperasi tidak mempunyai idea dan daya saing tetapi hasrat mereka terhad kerana tidak mempunyai dana untuk menggerakan beberapa cadangan projek untuk dijalankan antaranya
    i.   Projek tanam serai
    ii.  Kerjasama kawalan keselamatan dengan pihak swasta
    iii. Lesen permit teksi
    iv. Kedai dobi
    v.  Konsultan dan khidmat tenaga pengajar dalam bidang keselamatan
    vi  Pembersihan dan lanskaping

4.    Oleh kerana mesyuarat agung tahunan (MAT)  kian hampir iaitu pada bulan Oktober ini, persiapan seperti menyediakan penyata kewangan untuk di audit oleh SKM, laporan tahuan aktiviti koperasi, penetapan tarikh MAT, tempat dan jemputan VIP daripada SKM, bajet mesyuarat dan mem'binding'kan laporan MAT tersebut akan dibuat dalam masa terdekat. 

5.   Sebelum MAT diadakan, ALK akan mengadakan mesyuarat terakhir bagi sesi 2014/15 bagi persiapan terakhir. Tarikh akan ditetapkan apabila persiapan semuanya berjalan lancar.

No comments: