Tuesday, September 22, 2015

Melancung ke - Melbourne

Kali ini aku dan Normah melancung ke Melbourne pula kerana sebelum ini kami telah melancung kedua tempat di Australia iaitu Perth dan Gold Coast. Trip kami seramai 11 orang kesemuanya telah berangkat dengan menaiki pesawat AirAsiaX berlepas pada 14 September 2015 jam 10,45 malam. Penerbangan mengambil masa hampir 7 jam, kami mendarat di Lapangan terbang Melbourne pada 15 September 2015 jam 8.20 pagi (waktu Melbourne) dimana waktu disana 2 jam lebih cepat dari Malaysia.

Day 1 - Cook's Cottage

Sesampai di Melbourne, kami dibawa melawat ke shopping Queen Victoria Market dan makan tengah hari, selepas makan kami melawat Cook Cottage, Parliment House, Art Centre, Yarra River dan lain-lain lagi dan kami menginap di Fraser Place Melbourne sepanjang berada di sana


Hadapan Parliment House

di Cook Cottage
di Yarra River

Melbourne City


Selama 4 hari di Melbourne kami hanya makan kentang goreng diwarung-warung dan me maggie yang kami bawa dari Malaysia kerana kebanyakannya makanannya tidak halal. Oleh itu kami makan mana yang halal untuk dimakan. Cuacanya sejuk dimana suhunya 12 darjah selsius dan berangin kesejukannya sampai ketulang hitam. Bandar Melbourne memang cantik dan penduduknya samada pendatang atau pelancung semuanya beramalkan konsep kebersihan dan berdisiplin. Tidak hairanlah banyak rakyat Malaysia yang melancung di sini dan juga menyambung pelajaran di universiti tempatan di Melbourne.

Bangunan yang mencakar langit diambil gambar dari Yarra River

 'Tram' yang membelah bandaraya Melbourne

Kami juga melawat beberapa tempat yang menarik diantaranya menaiki keretapi lama sehala dari Menzies Creek ke Lakeside, melawat ke Tesselaar Tulip Festival, Illusion, Puzzles Island dan Penguin Parade Philip Island Nature Park, tetapi malangnya kami tidak dibenarkan merakamkan gambar aktiviti penguin..


Day 2 - Menaikki train dari Menzies Creek ke  Lakeside







Day 2 - Tesselaar Tulip Garden

Day 3 - Amazing World of Chocolate

Day 4 - Nobbies Shore at Philip Island 


Infront of  Lobby Fraser Place Melbourne tempat di mana kami menginap

Kami berangkat balik ke Malaysia pada hari Jumaat jam 12.45 malam (waktu Melbourne) dengan AirAsiaX dan tiba di KLIA2 jam 7,30 pagi Sabtu.(waktu Malaysia) pada 19 September 2015. Sekian.




No comments: