Wednesday, September 23, 2015

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha




1.  Esok tanggal 10 Zulhijah 1436 bersamaan 24 September 2015 umat Islam seluruh dunia menyambut hari raya korban atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Haji,

2.  Sempena perayaan ini umat Islam digalakkan melakukan korban kerana korban ini adalah atas perintah Allah yang meminta Nabi Allah Ibrahim as menyembelih anaknya Nabi Allah Ismail as. Di atas ketaatan perintah Allah itu, Nabi Allah Ismail yang menjadi korban, Allah telah gantikan dengan seekor kibas.  

3,  Begitulah kisahnya secara ringkas. Kisah benar ini boleh dikatakan semua umat Islam mengetahui akan ceritanya.  Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari hari raya aidil adha kepada seluruh umat Islam, terutamanya kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci Mekah didoakan semoga beroleh haji yang mabrur. Insya Allah

No comments: