Pada tahun ini sahaja (2015) saya telah melancung dan
berjalan bersama isteri saya ke beberapa buah negara iaitu Brunei Darussalam, Gold Coast, Melbourne
Australia, Pulau Batam Indonesia dan kini Italy. Isteri saya dan saya memang suka melancung
keluar negara, itu pun kalau ada duit kerana melancung ke sesebuah tempat memerlukan perbelanjaan yang besar tambahan lagi dengan nilai duit kita yang semakin turun jika dibandingkan dengan nilai duit negara
yang kita lawati.
Pada 29 Nov – 7 Dis
2015 saya melancung bersama isteri dan
anak perempuan saya ke Italy. Trip kali ini adalah selama 9 Hari 6 malam. tempat dan penginapan seperti dibawah
- malam pertama
Holiday Inn di Rome (semalam)
- malam kedua Charme
Hotel di Prato (semalam)
- malam ketiga/Keempat
Novotel Hotel di Venice (2 malam)
- malam kelima/keenam
Klima Hotel Milano Fiere di Milan (2 malam)
Kami pergi dengan
menaiki penerbangan Etihad bersama dengan kumpulan seramai 34 orang yang diketuai
oleh Amiruddin yang dikenali dengan panggilan ‘mamu’ (orang Penang). Penerbangnan
ini tidak terus ke Rome tetapi ia transit di Abu Dhabi. Penerbanngan dari KLIA ke Abu Dhabi memakan masa selama 7 jam dan perbezaan masa Abu Dhabi dengan Malaysia selama 4 jam. Dari Abu Dhabi ke Rome pula penerbangan memajan masa 6 jam lagi..Perbezaan masa Abu Dhabi dengan Malaysia selama 7 jam dan perbezaaan masa Italy dengan Malaysia perbezaanya selama 7 jam
Sepanjang berada disana, kami melawat beberapa tempat purba dan membelibelah dibeberapa 'Outlet' untuk membeli barangn-barang berjenama antaranya tempat membeli-belah Mc Acthur Outlet di Rome, Hard Rock Cafe di Venice dan Saravalle Outlet di Milan.
Anis bergambar berlatarbelakangkan bangunan purba Colloseum dan Pantheon
kenangan di Vitican City dalam lawatan di Bandaraya Rome (gambar kabus kerana cuaca sejuk
Kenangan di 'Leaning Tower of Pisa'
Di Venice Island
Menaiki Gondola mengelilingi 'tunnel' di celah-celah bangunan dan melihat serta merakamkan gambar-gambar keindahan di Venice Island
Merakamkan kenanngan dihadapan Kedai Hard Rock Cafe di Venice Island dan 'shopping'
Antara tempat-tempat yang menarik dalam trip ke Italy adalah tempat peninggalan sejarah purba paling banyak di Rome, selain daripada itu kami juga dibawa kebeberapa tempat iaitu gereja terbesar di Vitican City di Rome dan Catheral Santa Maria Del Fiore di Venice. Sebenarnya saya tidak berapa suka melawat ke tempat-tempat begini kerana kita orang muslim tidak perlu mengambil tahu hal-hal sedemikian.
Cuaca pula, sebaik sahaja tiba di Airport Rome cuaca sejuk mula terasa tetapi masih boleh mengena pakaian nipis dengan blazer sahaja. Apabila keesokannya harinya perjalanan diteruskan mengarah utara dari Rome ke Prato, Venice cuaca semakin sejuk sehingga suhu menurun 4 - 6 darjah celcius. Naik lagi ke utara Venice, Verona dan Milan keadaan sekeliling berkabus menandakan cuaca semakin sejuk, disini siang masa pendek berbandingn malam yang panjang kerana pukul 4 jam waktu disana sudah gelap. Begitulah kebesaran Allah yangn menentukan keadaan suatu tempat yang berlainan keadaan dan cuacanya.