Thursday, March 10, 2016

Ke Pulau Batam Lagi

Baru-baru ini pada pada hujnng bulan lepas iaitu pada 26 hingga 29 Februari 2016 saya bersama isteri ke Pulau Batam lagi kali ini saya membawa anak kami yang perempuan iaitu Nur Hanisah sebelum ini kami membawa anak lelaki yang bungsu, Bersama dalam trip ini adalah Bibi Zubaida bersama suami dan Latifah kawan sekerja di TNB


Mengabadi kenangan di Batam

Kali ini pemergian kami seperti biasa dengan menaiki train dari KL central jam 10.30 malam dan tiba di Johor Bharu jam 5,45 pagi waktu subuh. Selepas solat subuh kami berangkat ke Jeti Stulang Laut untuk menaiki feri ka Pulau Batam pada jam 8.30 pagi. Perjalanan dengan menaiki feri hampir 1 jam 45 minit, kami tiba di Jeti Batam. Selepas pemeriksaan kastam dam imegresen kami terus dibawa pemandu pelancung bernama Dian dan pemndu Pak Andy membawa kami melawat dibeberapa tempat yang telah dirancang terlebih awal didalam iternanari. 


Berganbar ketika melawat di Turi Beach


Kenangan di Jambatan Barelang


Merakam kenangan di hadapan Bandoeng Resto


makan tengahari  di Bandoeng Resto

Dalam trip kali ini kami banyak dibawa melawat kertempat-tempat yang menarik, tidak seperti trip yang pertama dimana pemandu pelancung Pak Mat asyik membawa kami di Shopping Mall sahaja. Kami juga dibawa melawat beberapa tempat yang menarik seperti Jambatan Barelang dan jambatan-jambatan yang lain yang menghubungi beberapa buah pulau dipersekitaran Pulau Batam, Turi Beach.

Dalam trip kali ini kami dibawa melawat penempatan Pelarian Vietnam di Pulau Galang dimana kesan peninggalan mereka sebelun mereka dipindahkan ke negara ketiga, Berikut adalah rakaman gambar yang sempat kami rakamkan



Perahu yangn membawa pendatang Vietnam ke Pulau Galang 


Muzium aktiviti mereka




Pos Komando di Pulau Galang

Setelah tiga hari dua malam, pada pagi Isnin 29 Februari kami berangkat balik ke Malaysia dengan menaiki feri ke Stulang Laut, Sebaik tiba di Johor pada pukul 4 petang, kami bertiga menunggu untuk menaiki keretapi pada jam 5 petang untuk balik ke KL dan dijangka tiba di KL Sentral pada 12 tengah malam..Begitulah kisah dan sekelumit perjalanan kami ke negara orang,




No comments: