Thursday, March 10, 2016

Mesyuarat ke 2 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan Lawatan Tapak Projek Cucian Kereta di Senawang

Pada 6 Mac 2016 gari Ahad, Koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan (KPPK) TNB telah mengadakan mesyuarat ALK kali kedua bagi membincangkan cadangan dan projek yang dikemukakan pada mesyuarat yang lalu. 


Sebahagian daripada ALK yang kelihatan dalam gambar ini ketika mesyuarat

Satu kelainan yang dapat dilihat dalam dua kali mesyuarat yang diadakan, sejak Tuan Ahmad Rusli dilantik sebagai Pengeruai KPPK TB kedatangan ALK dalam mesyuarat begitu menggalakan. tetapi sebelumnya sentiasa tidak mencukupi korum. Kenapa jagi begitu ye?, Sati persoalan mudah dijawab kerana walaupun Tuan Ahmad Rusli sudah lama bersara tetapi pengaruhnya sebagai ketua masih ada lagi.

Keputusan ekoran mesyuarat tersebut, bengkel cucian kereta menjadi projek utama koperasi. Oleh itu pada hari rabu  9 Mac 2016 beberapa orang ALK termasuk pengerusi projek En Mohf Noor telah pergi ke Senawang untuk membuat lawatan tapak yang berhadapan dengan rumah En Johari Sharif, Setelah tinjauan dibuat projek segera dijalankan pada 1 April 2016.


ALK yang membuat lawatan tapak


Tapak inilah yang akan dibersihkan


Tapak inilah yang akan dijadikan projek koperasi


Tapak yang dicadangkan dihadapan rumah Johari Sharif

Koperasi berharap ia akan dijadikan sumber projek galakan bagi meneruskan beberapa projek akan datang, Doa-doakanlah......

No comments: