Saya dan isteri saya merancang untuk jalan ke Langkawi dengan menaiki tren ETS. Sebenarnya, awal tahun ni saya dah pun merasai menaiki tren ETS. Menaiki tren ni, ada kelebihan macam usia seperti saya iaitu warga emas. kerana tambangnya murah separuh harga daripada harga penuh. Jadi perancangan ini saya terjemahkan menjadi kenyataan iaitu seminggu lebih awal sebelum berangkat ke Langkawi, isteri saya menghubungi rakan-rakan serombongan yang kerap keluar negara iaitu Bibi Zubaidah bersama suaminya Mat Wa dan pesara Rohani Salleh dan saya bertiga beranak, jadi jumlah seramai 6 orang. Perjalanan kami dimulakan dengan surah Al Fatihah
Untuk kesana, kami membuat tempahan tren ETS, kami bernasib baik masih ada lagi tiket. Walaupun pemergian kami sempena cuti Maal Hijrah tahun baru Islam yang jatuh pada 2 Oktober 2016 yang bersambung dari hari sabtu hingga isnin.
Oleh kerana bimbang tak dapat tiket balik, kami membeli tiket pergi balik dari KL ke Arau dan dari Arau ke KL Sentral. Pada 30 Sept 2016 kami memulakan perjalanan dengan ETS jam 11 pagi di KL Sentral dan tiba di Arau lebih kurang jam 3.3o petang. Setiba di Arau kami berkesempatan berjumpa dan bergambar kenangan dengan Dato A. Samad Said Sasterawan Negara yang berkebetulan menaiki tren yang sama dengan kami.
Dalam Coach ETS perjalanan ke Arau
kenangan dengan Dato A. Samad Said di Railway Station Arau
Di Jeti Langkawi orang terlalu ramai yang hendak ke Pulau Langkawi, maklumlah sempena cuti am yang jatuh pada hari isnin berikutnya jadi kesempatan ini diambil oleh mereka untuk berjalan.
Di Langkawi kami menyewa sebuah kereta Avanza ntuk kemudahan pengangkutan kemana sahaja yang kami hendak pergi. Kami semua menginap di NR Langkawi Motel di Pantai Tengah, dua malam dimana penginapan ini adalah rakan kenalan isteri saya, jadi kami semua dapat harga istimewa dari pelancung yang lain.
Walaupun saya pernah ke Langkawi beberapa kali tapi keinginan untuk melawat beras terbakar di Padang Matsirat tidak berasa jemu. Selepas di Padang Matsirat kami pergi Pekan Kuah untuk bershoping di HIG, apa lagi kalau tidak membeli berbagai-bagai jenis cokelat yang ada didalam super market HIG

Kenangan di Beras Terbakar Padang Matsirat
singgah di kedai yang menjual aneka barangan keluaran Gamat
Berendam kaki di Air Hangat
Kami juga melawat ke tempat Air Hangat. Tempat ini juga pernah kami lawati dulu, tetapi sekarang kemasukannya dikenakan bayaran sebanyak RM5 tetapi warga emas macam saya hanya dikenakan bayaran RM2 sahaja.
Setelah dua malam di Langkawi, daripada hari jumaat petang sehingga hari ahad petang kami berangkat balik ke KL dengan ETS dari Arau jam 8.15 malam dan tiba di KL Sentral jam 1.30 pagi. setibanya di KL kami diambil oleh anak saya untuk balik ke Klang.
Sekian lawatan singkat bersama grup otai yang terdiri daripada Bibi Zubaida, Mar Wa, Rohani Salleh, Mohamad Maon, Normah Sarkawi dan anak saya Nur Faezzah - Alhamdulillah
Nota:
HIG ialah Haji Ismail Group
Nota:
HIG ialah Haji Ismail Group
No comments:
Post a Comment