Pada 30 Oktober 2016, koperasi Pekerja dan Pesara Keselamatan TNB telah mengadakan mesyuarat agong tahunan (MAT) kali ke 8 di Restoran Rebung, Jalan Tanglin, Kuala Lumpur. MAT kali ada kelainan sedikit kerana setiap anggota yang hadir mesyuarat di bayar elaun kehadiran sebanyak RM50 seorang. Elaun ini dibayar sebagai galakan kepada semua anggota koperasi untuk hadir mesyuarat disamping menikmati hidangan direstoran berkenaan dengan aneka makanan daripada sarapan pagi sehingga makan tengahari.
MAT tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi, telah mengambil beberapa resolusi diantaranya mengwujudkan sebuah anaksyarikat yang menjalankan urusniaga dan menubuhkan sebuah syarikat kawalan keselamatan yang mempunyai lesen dari KDN. Didalam mesyuarat itu juga, mesyuarat telah mengekalkan semua ALK dengan tiada perubahan sebagai mana yang lazim ada penggantian bagi sesuatu penggal selaras dengan UUK koperasi. Berikut adalah ALK bagi sesi 2016/17
1. Hj. Ahmad Rusli bin Ibrahim
2. Mohamad bin Maon
3. Hj. Ahmad bakri bin Mohd. Zahir
4. Mohd. Noor bin Zakaria
5. Normah biinti Sarkawi
6. Hj. Ibrahim bin Mohamed
7. Hamzah bin Redza
8. Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahum
9. Kamarulzaman bin Ahmad
10.Hussin bin Abdul Rahman
11. Basharuddin bin Abdullah
12.Johari bin Sharif
Sehingga berita ini ditulis pada 10 November 2016 saya berada di Bakun, ALK belum lagi mengadakan mesyuarat untuk melantik jawatan-jawatan yang ada didalam ALK. Ini disebabkan sebaik sahaja mesyuarat, pada 1 November 2016 kami bertiga peneraju utama koperasi iaitu Hj. Ahmad Rusli, Mohamad Maon dan Hj. Ahmad Nasir terbang ke Kuching Sarawak untuk satu program latihan di Sarawak Hidro Bakun selama 12 hari. Insya' Allah koperasi akan mengadakan mesyuarat pada 20 November 2016 bagi perlantikan jawatan dalam ALK. Jawatan-jawatan tersebut adalah:
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Biro Latihan dan Pendidikan
Biro Ekonomi
Biro Perladangan
Biro Hartanah
dsbnya
berikutnya adalah gambar-gambar sekitar dimesyuarat tersebut:-
No comments:
Post a Comment