Wednesday, November 30, 2016

Mesyuarat ALK pertama sessi 2016/17


Pada 16 November 2016, ALK mengadakan  mesyuarat pertama selepas mesyuarat agong kali ke 8 yang telah diadakan pada 30 Oktober 2016 di Restoran Rebung, Jalan Tanglin, Kuala Lumpur. Sepatutnya mesyuarat ini diadakan selepas mesyuarat agung tetapi keadaan yang tidak membenarkan maka mesyuarat ALK ditangguhkan selepas dua minggu diadakan. Diantara sebab adalah 3 orang ALK utama iaitu Hj. Ahmad Rusli bin Ibrahim, Mohamd bin Maon dan Hj. Ahmad Nasir bin Abdul Rahim terlibat dengan latihan di Sarawak Hidro Bakun selama 2 minggu.



Mesyuarat ALK ini telah diadakan di Pejabat Persatuan Unit Keselamatan (PERUNIKA) TNB Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Ianya bertujuan antara lain untuk memilih dan melantik dikalangan ALK tiga orang pegawai utama untuk menerajui koperasi bagi sesi 2016/17 dan juga membincangkan perkara yang telah dibangkitkan didalam mesyuarat agung tersebut.


Didalam pemilihan ALK untuk menerajui koperasi, ALK bersetuju dan sebulat suara mengekalkan Hj Ahmad Rusli bin Ibrahim selaku Pengerusi, Mohamad bin Maon Setiausaha dan Hj. Ahmad Bakri bin Mohd Zahir sebagai Bendahari dan lain-lain portfolio akan dilantik mengikut kesesuaian masa dan keadaan, jika ada keperluan.

Didalam perbincangan itu, pengerusi telah menerangkan bahawa koperasi telah dan akan mengadakan projek yang berterusan iaitu Latihan dan Pendidikan bagi anggota keselamaran Bakun, seperti latihan lanjutan PB, QCS dan Ancaman Bom. Selain dari itu, projek koperasi yang sedang berjalan adalah Pengurusan cat tiang letrik, Projek cucian kereta dan membuka kedai menjual dan membaiki komputer. Semua projek ini adalah secara kecil-kecilan tetapi ia berterusan dan membawa pulangan hasil kepada koperasi. Insya Allah.

Diakhir mesyuarat pengerusi menyatakan mesyuarat ALK akan diadakan 3 bulan sekali dan jika ada sebarang keperluan yang mendesak untuk sesuatu tindakan, mesyuarat terpaksa diadakan.

No comments: